Friday, April 29, 2011

Sumpah Dalam Islam

(Ihsan sahabat Blogger)

Satu;

Mubahalah tidak berlaku dalam perkara jenayah. Ini kerana, perkara jenayah adalah melibatkan perkara yang berkait dengan mahkamah, sedangkan mubahalah tidak berlaku dalam mahkamah.

Dalam firman Allah tentang mubahalah [Al-Imran: 61], didapati mubahalah itu berlaku dalam perkara yang melibatkan pertembungan antara agama islam dengan agama kristian. Pertembungan antara agama, tidak pernah berlaku perdebatannya dalam mahkamah.

Dua;

Sumpah berlaku untuk mempertahankan diri, bukan untuk melakukan tuduhan kepada orang lain.
 
Nabi SAW ada bersabda;.
الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينُ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ.

Maksudnya;

“datangkan bukti bagi orang yang menuduh, dan sumpah bagi orang yang dituduh”.
[At-tarmizi : 1261].

Jika bersumpah tidak dibenarkan dalam melakukan tuduhan, maka terlebih tidak boleh bersumpah untuk mengheret orang yang tertuduh.

Tiga;

Sumpah bagi orang yang dituduh seperti hadis di atas, adalah dengan perintah mahkamah. Sumpah yang berlaku diluar mahkamah, tidak termasuk dalam kandungan hadis yang disebutkan di atas.
Empat;

Bersumpah dalam masjid, hanya berlaku dalam bab Li’an. Dalam fiqh, Li’an bermaksud, “perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujjah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina”.

Dengan perkataan lain, Li’an bermaksud seseorang suami yang nampak isterinya berzina dengan lelaki lain, tetapi tidak dapat mendatangkan seramai empat orang saksi, maka hendaklah dia berkata, “Aku bersaksi demi Allah, aku berada di pihak yang benar terhadap dakwaanku bahawa isteriku [sebut nama dan bintinya] telah berzina”.

Perkataan ini hendaklah diucapkan sebanyak empat kali. Dan pada kali kelima, dia hendaklah berkata, “Aku dilaknati Allah sekiranya aku berbohong”. [Al-Fiqh Al-Manhaji : 4/903].
Ia berdalilkan kepada Firman Allah;.
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ شُهَدَاءُ إِلَّا أَنْفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ * وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَيْهِ.

إِنْ كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ.

Maksudnya;

“dan orang-orang Yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada Syarak) bagi seseorang Yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah Dengan nama Allah, empat kali, Bahawa Sesungguhnya ia dari orang-orang Yang benar * dan sumpah Yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang Yang dusta”.

SYARAT-SYARAT MUBAHALAH

Melihat kepada asbab nuzul kepada ayat ini, ulama menetapkan syarat-syarat mubahalah adalah seperti berikut;.

Pertama, hendaklah dilakukan dalam keadaan Ikhlas kerana Allah. Ia tidak boleh dilakukan dengan tujuan hawa nafsu, sebaliknya hendaklah digunakan dengan tujuan mempertahankan kebenaran atau menzahirkan kebenaran.

Kedua, hendaklah ia berlaku selepas dari pertikaian ilmu. Tanpa pertikaian terlebih dahulu, maka tidak seharusnya berlaku mubahalah. Dan mubahalah itu, hendaklah dalam perkara yang berlaku dalam perkara keilmuan.

No comments: