Monday, January 21, 2013

Isu Nama Allah

Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, kita semestinya menyamakan para Sultan Melayu sebagai seorang Islam, yang bertutur bahasa Melayu, yang mengikuti adat resam Melayu dan sebagainya. Namun sedarkan kita bahawa orang Melayu asalnya adalah penganut Hindu? Kesannya daripada Paduka Raja Parameswara yang hanya memeluk Islam dan menukar agamanya kepada Raja Iskandar Shah?
Saya merasakan perlu untuk memberikan pendapat berkenaan isu diatas memandangkan ia diberi liputan meluas dan dikaitkan pula oleh media massa termasuk parti munafik UMNO dan juak-juak mereka dalam BN untuk mengoncangkan keyakinan Rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Saya berdiri teguh bahawa Pakatan Rakyat harus mengenepikan isu furu' ini dan bekerjasama atas dasar-dasar yang sama untuk menyelamatkan dan memajukan Malaysia.

Mereka dikira berjaya juga menimbulkan kegelisahan diantara mereka yang kurang ilmu dan paling kurang pun berjaya menyentuh fius seorang pelakon terkenal Patrick Teoh sehingga beliau mengeluarkan kata-kata yang boleh dikatakan sebagai menghina Islam.

Namun isu asasi disini bukanlah penggunaan nama Allah SWT, ia lebih berkisar kepada kejumudan sesetengah orang yang selama ini merasakan bahawa Islam itu asalnya daripada Tanah Melayu dan orang Melayu semestinya Islam.


Pada waktu itu bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu lama, namun yang selebihnya masih sama. Cuma sembahannya yang lain. Adat Melayu lainnya telah tercampur aduk dan akhirnya menjadi caca-merba antara elemen Islam dan elemen adat turun-temurun yang berorientasikan budaya Hindu. Kesannya masih terlihat kini dengan adat bersanding, mempercayai tahyulan dan berbagai lagi amalan yang tidak semestinya secocok dengan Islam.

Perlu diingatkan bahawa sehingga kini tahun 2012 terdapat banyak lagi amalan adat yang sememangnya bertentangan dengan Islam namun diterimapakai dan diuruskan pula oleh satu badan dibawah pihak kesultanan negeri sebagai pejabat Adat dan Agama Islam. Penggunaan ‘Yang Maha Mulia’ merupakan satu contoh pertentangan jelas dan merupakan penghinaan kepada Allah SWT.

Namun kesemua ini tidak dikira penghinaan kepada Islam.

Penyajian minuman keras dalam kapal terbang MAS, kelulusan judi dan penerimaan hasil judi kepada pendapatan negara, disamping kos perkahwinan yang melampau dan diluar kemampuan, badan zakat yang saban tahun melaporkan ‘lebihan zakat’ walhal TV3 konsisten melaporkan kewujudan golongan da’if miskin. Kesemuanya ini menunjukkan beberapa contoh perkara yang sepatutnya diselesaikan dahulu oleh orang Islam sebelum menyerang anutan orang lain yang kebetulan bertutur dalam bahasa Melayu.

Saya ingin menegaskan bahawa sememangnya ada usaha untuk propagasi agama Kristian dan sesungguhnya merasakan bahawa ada tujuan tersembunyi daripada mereka untuk menyebarkan anutan mereka. Namun saya mempersoalkan orang Islam yang fobia terhadap perkara ini. Mereka seolah-olah hilang akal dan berlakon bahawa tindakan ini tidak boleh berlaku kepada orang Melayu.

Islam adalah agama berdasarkan hujah dan keyakinan. Tidak gentar Islam kepada mana-mana suku, kaum mahupun negara. Manusia memerlukan Islam, Islam tidak perlu kepada manusia dari apa jua ceruk sekalipun.

Maka, saya berkeyakinan bahawa masyarakat Muslim perlu memperhebatkan ilmu Islam didada, bukannya dengan cara taqlid buta dan berkeadaan defensif kepada agama lain.

Tidak dinafikan, kita menyayangi Melayu dan menyayangi Islam. Kita mahu orang Melayu kekal Islam, kita mahu Islam sehingga kita mati. Tapi cara kita salah. Kita letakkan banteng rapuh  yang sekiranya dicerobohi walau sekali, akan terlepas dan aqidah kita tergoncang. Maaf saya tidak setuju cara ini. Ia tidak tahan lama dan pegangan Islam sedia ada akan melalui kakisan dengan peredaran masa.

Seantero dunia Kristian kini, jika dilihat sebenar-benarnya mereka enggan dan tidak mahu menggunakan ‘Allah’ dan mahu menggunakan ‘Lord’ atau ‘God’ dan ‘Yahweh’. Paus Katolik juga pernah menafikan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam usahanya untuk menenangkan para Katolik daripada tuduhan beliau menggunakan perkataan ‘Allah’. Di Malaysia terbalik pula!

Saya beranggapan bahawa masyarakat Muslim di Malaysia sepatutnya menerima ia dengan tidak banyak masalah. Dalam surah Al-Fathihah telah dinyatakan Allah SWT sebagai ‘Tuhan sekalian alam’ dan bukannya ‘Tuhan orang Melayu’, pendapat yang disahkan oleh Yusuf al-Qaradhawi.


Sifat defensif yang ditonjolkan akan mencairkan imej ‘agama toleran’ dan menjadikan Islam sebagai ‘extreme’ akibat daripada tindakan drastik melampau seperti cadangan pembakaran Bible edisi Melayu oleh PERKASA. Dalam keghairahan mempertahankan Islam, kita pula menghina agama lain. Itu bukan diajar oleh Rasulullah SAW.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Ketahuilah! sesiapa yang menzalimi mu’ahid (rakyat bukan Islam) ataupun mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian itu pada Hari Kiamat”. 
(Riwayat Abu Daud, sahih)

Cara terbaik adalah dengan ilmu. Didiklah anak bangsa dengan ilmu Islam. Dengan penghayatan atau tafaqquh fi ad-diin, maka benteng aqidah kukuh dan dapat memantul segala serangan. Bersihkan negara daripada elemen Islam hanya berdasarkan label, pisahkan pejabat adat dan Islam, perhebatkan majlis ilmu dan promosikan Islam kepada generasi muda. InsyaAllah masalah ini akan selesai, dan mereka boleh cetak dan gunakan nama Allah SWT sebanyak-banyaknya tanpa hal.

Berkenaan Majlis Syura pula, saya merasakan bahawa ayat 'wa amruhum syuraa bainahum' memberitahu kita bahawa kita perlu mendapatkan kehadiran wakil Kristian sebelum mengeluarkan keputusan.

Wallahu a'lam.

8 comments:

Anonymous said...

Pertama, kaji dr segi sejarah bgmn kalimah Allah boleh menjadi tuhan Kristian jg di dunia ini. Setlh itu, tentu sdr setp tmpt di mana kristian guna Allah ada sejarah Allah Kristiannya sendiri dan M'sia kecuali tak ada sejarah itu kecuali di Sbh & Swk dan kalangan baba & nyonya, org asli, pendatang asg dan gerago kristian.

Ke2, hak ssorg kpd bah ibunda/lingua francanya.Allah tu bah Arab. Arab kristian, hak dia kpd Allah bagi tuhannya x boleh dinafikan atas faktor ini. Kristian Indonesia, jg x boleh dinafikan krn Allah=Tuhan dlm bah Indonesia/BM. Sm jg pribumi Sbh & Swk, baba&nyonya, org asli, pndtg asg, gerago.. lingua franca mrk BM. Lain2 kaum tak ada hak kpd BM sbg bah ibunda kecuali sbg bah keb.

Ke3 soal kebiasaan. Org Sbh&Swk dah biasa dgn Allah Kristian. Salahfaham x timbul. Di Indonesia, Pancasila teras pembangunan bangsa. Di Malaya zmn Portugis, tuhan Kristian Theos(Greek)@Zeus/Christo(Latin). Mari Dutch, jd Godt. Dtg British, jd God/Lord/Jesus/Yahweh/ Jehovah. X ada Kristian nk pki Allah, smpi skrg bru ada.

Ke4, Bible melarang penganut nokoknambah perkataan di dlm Bible. Jadi napa Kristian di sini ghairah nak guna Allah? Terjemahan biasanya bg tujuan penyebaran kpd d pemahaman org2 tempatan. Apakah terjemahan Godt kpd Allah tuk Kristian sebar agm mrk kpd Muslim? Wlu ada undang2 yg melarang, itu bisa dielak secr halus.

Ke5, dr poin 4 Muslim risau Allah Kristian boleh mnjdkn gejala murtad berleluasa. Mmg benar lwnnya tingkatkan keimanan dan akidah ttp hakikatnya rmi Muslim y goyah akidah & iman, tmbhn rmi yg susah lalu sng dipengaruhi dgn RM untuk mnukar agm, trutm sdr2 baru.

Ke6, dlm Perlembagaan setp rkyt M'sia bbs mmilih agm nya. Krjn x de kuasa sekat Kristian guna Allah/murtad. Cuma jk bnr2 Muslim bebas nganut Islam, Muslim ptt jg bebas sekat murtad dan syirik olh mana2 Muslim krn x boleh murtad & syirik hukum Islam. Tp tak boleh sekat jk bkn Muslim yg syirik krn 'x ada paksaan dlm Islam' dn 'La Kum Di Nu Kum Wali Yadheen'.

Olh itu, kita jgn mudah dan tergesa-gesa benar Kristian guna Allah. Cumanya, kena akur tiada hukum syarie dn udg2 y melarang bkn Muslim dari guna Allah bagi tuhan msg2, perintah Allah 'keadilan tuk semua manusia' dan peruntukan hak asasi di dlm Perlembagaan. Benar juga hujah sstgh org bhw jk dilht dr sirah nabi, ada maslahah dakwah Islamiah dlm tiadanya larangan itu. Bolehlah kt bnrkn Kristian guna Allah dgn syarat2 trtentu bg ngelak salahguna/salahfaham ttp Muslim perlu persediaan rapi terlbh dahulu bg mengawal gejala murtad dr berleluasa (wlupn tiada bukti sahih Kristian tlh, sdg d/@ nak jadikn Muslim murtad dgn), brlps dr syirik bkn Muslim dan spy dakwah kpd mrk smpi. Persediaan awal trmsk perhebat pendidikan Islam dan tarbiyah Islamiah bagi mengktkan akidah d keimanan umat, pengadaan pndakwah2 hebat dgn alat2 moden dan kemahiran pelbagai agm, RM yg mencukupi bg pendidikan, tarbiyah d dakwah Islamiah, perkemasan institusi zakat d pengadaan bajet khas bagi menghapus kemiskinan di klngn Muslim, dan pindaan d/ @ tokoktambh perlembagaan/undang2 untuk mengawal gejala murtad d syirik. Selain itu, perlu perundingan dgn pakar2 segala aspek berkaitan d penerangan & sistem feedback tuk pembetulan di mn perlu sblm prlaksanaan. Perlaksanaan msti dilakukan pd masa yg sesuai bkn pd ms genting spt PRU13 dan krjn yg patut tentukan bukan phk y berkepentingan lain. Sms perlaksanaan, pasukan keselamatan perlu bersiapsiaga bagi menghadapi sbrg kemungkinan kerana sudah ada sejarah sengketa kaum akibat isu agama. Cara ini kita dpt memberikan solusi y berrationale jitu, holistik, sekata bg seluruh negara, dan jujur dan tepat kpd isu Allah Kristian tersebut yng dijgka mampu bertahan. Agama2 bukan dari kelompok agama semawi x perlu diberi kebnran..x ada rationale theologi & bah ibunda. Wallah'ulam.

Anonymous said...

Saya rasa kamu jahil agama(moga Allah tuhan yang satu memberi hidayah kepada kamu!). sebenarnya isunya Adalah Kalimah Suci Umat Islam. Begini Allah Adalah kalimah suci yang seharusnya dipertahankan bukan di perdagangkan dengan politik. jangan dipolitikkan Nama Allah untuk menang pilihan raya. kamu tidak mampu menjadi pembela nama allah adakah kamu layak menamakan diri kamu pembela islam?. Nama tuhan kamu sendiri kamu tak mampu nak pertahankan inikan pulak kamu nak berperang seperti rasullah dan sahabat baginda?. hina sungguh mereka yang menulis keterangan mengikut hawa nafsu.

Ini ayat Amaran dari ALLAH! BACA DAN FAHAM!

Al-Mumtahanah - ayat 1

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul."

Anonymous said...

jADI ADAKAH KAMU NAK BERJUANG ATAS JALAN ALLAH ATAU BERJUANG DENGAN MENGADAIKAN NAMA ALLAH?.

Anonymous said...

Jadi Arab Islam di Timur Tengah pun jadi murtad-ah kerana tiada masalah dengan penganut Kristian yang sekian lama menggunakan kalimah Allah ... bah-kan sebelum tibanya Islam ...

Mana dia fatwa dari mufti2, ulamak2Timur Tengah???

Apatah lagi Islam di Indonesia?

Cuma di Malaysia sahaja selepas UMNO-BN kalah dalam PRU-12, mereka ini nak MEMPOLITIKAN kalimah Allah untuk kepentingan peribadi ...

Kena ingat juga bahawa bukan sahaja Kristian yang guna Allah bah-kan Sikh, Yahudi, Bahai, etc. etc. Ini bukan sekadar isu uang melibatkan agama Kristian sahaja ...

Ini-lah hakikatnya ...

Seorang Kristian

Anonymous said...

"Paus Katolik juga pernah menafikan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam usahanya untuk menenangkan para Katolik daripada tuduhan beliau menggunakan perkataan ‘Allah’"

Sdr Hamzah, Paus tidak pernah berbuat begitu. Kita kena ingat bahawa Katolik juga ada di kalangan Arab Kristian (Timur Tengah) termasuk juga Baitulmaqdis.

Seorang Kristian (Protestan)

Anonymous said...

Isu ini telah dipolitikkan. Sy bukan la seorang yang arif tentang agama, tapi tidakkah kita semua berfikir bahawa orang Kristian menggunakan Allah itu untuk sembahyang. Bukannya dihina dan diperkotak katikkan. Mengapa Islam Malaysia melatah dalam hal ini? Usah takut dengan bayang2 sendiri. Institusi kekeluargaan Islam semakin rapuh, usah la menyalahkan agama lain di dalam hal murtad. Tepuk dada tnya selera.

Anonymous said...

You can еasily turn on and off, an accelerometеr and a ρroximity sеnsor and swype text is quitе uѕer-friendly.

Why Because only one smartphonе has challеngеd - perhaps surpasseԁ - the iPhοne in Japan.

Releasing the Blackberrу Ѕ is yet vеry simple but amazingly
stylish. CоnnеctObjectsWith the blackberry Ѕ3.
Is buіlding a network based on Long-Term Evοlution, οr
LTE, teсhnology. Тhe Amaze οffers а shаrper picture and thе coloгs are simply remarkable.
The South Korean fiгm has beеn mаking efforts to іncrease hοmеmadе mobile contеnt, such as email, instаnt messаging and integrated calendar.


Mу weblog blaсkberrу *uk.chefs-jobs.com*

Amir Hamzah said...

Jazakumullah khair dan terima kasih kepada semua. Anonymous pertama saya tiada bantahan, namun Anonymous 2 dan 3 nampaknya GAGAL memahami isu malah keliru apabila menggunakan dalil. Teruskan komen.