Showing posts with label Datuk T. Show all posts
Showing posts with label Datuk T. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

ESKAY BERSAMA PELAKON DAN PELACUR!

Didalam persidangan lucah yang diberi kelulusan dan permit khas oleh pihak Polis untuk mengajak rakyat melihat filem lucah menurut undang-undang negara, kita mendengar 'rintihan' Datuk T yang mendakwa beliau 'disuruh' Anwar untuk mencari jam tangannya.

Eskay mendakwa beliau disuruh Anwar dan beliau menyelongkar bilik tersebut dan menemui 'wayar' dan beliau kemudiannya 'mengumpil' laci yang dikunci dan bertemu dengan perakam 'yang masih aktif'

Sebagai seorang peguam (yang bukan lagi pengamal aktif) saya dididik untuk bertanyakan soalan-soalan kritis agar ruang sangsi tidak wujud dan yang dituduh benar-benar bersalah. Ini adalah disebabkan antara prinsip utama undang-undang jenayah ialah "lebih baik melepaskan yang didakwa bersalah daripada menghukum yang tidak bersalah".

Dengan tidak menyentuh aspek pembuktian melalui Qaidah Syar'iyyah saya merasakan bahawa video tersebut (dan video yang disebar pada 5 April 2011) menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Soalan dan kemusykilan ini perlu disiasat oleh Pegawai Penyiasat Polis agar kebenaran ditegakkan. Polis perlu meletakkan dirinya lebih kepada membela Anwar kerana penyiasatan perlu menunjukkan bahawa tiada ruang lagi untuk Anwar menafikan penglibatannya dan tidak syak lagi, setelah melihat keterangan dan bukti sokongan, bahawa sememangnya Anwar yang terlibat.

Namun perlu diingatkan bahawa maruah PDRM telah tercalar sekian lama. Justeru adalah waras sekiranya siasatan dilakukan dengan tertib dan teratur. Pertama sekalinya trio Datuk T dan golongan pentadbir Carcosa Seri Negara perlu disiasat kerana telah melanggar seksyen 292 Kanun Keseksaan. Ini adalah kerana segala ramuan yang diperlukan untuk mendakwa mereka telah cukup dan sekiranya PDRM serius untuk mengembalikan maruah mereka, maka hasil siasatan hendaklah dihantar dengan segera kepada Peguam Negara untuk pendakwaan.

Setelah isu atas selesai, maka siasatan selanjutnya hendaklah kepada siapa yang merakamkan perbuatan tersebut kerana ia jelas bertentangan dengan seksyen 509 Kanun yang sama:

OF CRIMINAL INTIMIDATION, INSULT AND ANNOYANCE

509.  Word or gesture intended to insult the modesty of a person.
Whoever, intending to insult the modesty of any person, utters any word, makes any sound or gesture, or exhibits any object, intending that such word or sound shall be heard, or that such gesture or object shall be seen by such person, or intrudes upon the privacy of such person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to five years, or with fine, or with both.

Beberapa persoalan lain timbul dan IO perlu ambil perhatian:

1. Mengapa Eskay muncul dalam video sebelum 'adegan' itu bermula? Sekiranya ia bukan Eskay, siapakah dia? adakah dia 'Tuan Director' kepada lakonan amatur tersebut?

2. Mengapakah terdapat tulisan bahasa Thai didalam klip terbaru? apakah maksud tulisannya? bilakah ia dicipta? mungkinkah ia dibuat lebih awal daripada Februari 2011?

3. Mengapa Eskay 'terpaksa' mengumpil laci demi seutas jam tangan? laci hotel mana yang mempunyai kunci untuk laci? bukankah laci-laci dihotel tiada kunci?

4. Siapakah perempuan Cina terbabit? dari manakah asalnya? sekiranya Eskay menyatakan beliau 'disuruh Anwar' mencari jam tangan, dan beliau mengaku menggeledah seluruh bilik tersebut, bagaimana pula jam tersebut boleh berada ditangan Eskay? sekiranya Eskay bersekongkol dengan perempuan Cina terbabit dan telah menyuruh perempuan tersebut mencuri jam Anwar, mengapa pula beliau 'tidak tahu' dimana jam tersebut berada?

Dengan mengambil kira persoalan diatas dan melihat pula kaedah dan tindakan sebenar siasatan terhadap Anwar, dan juga tindakan PDRM yang lebih berminat menyiasat Anwar (sama seperti kes buku fitnah Khalid Jafri) saya merasakan PDRM, dengan menjalankan siasatan dengan tidak telus dan tersusun, telah mengakibatkan rakyat semakin bersimpati dengan Anwar. Ini adalah kerana tindakan PDRM dilihat lebih kepada melindungi Datuk T daripada melindungi 'mangsa' menurut takrif undang-undang negara.

Perlu diingatkan bahawa "Justice must not only be done, it must be seen to be done" maka tindakan PDRM didalam membenarkan penyiaran bahan lucah terbabit tanpa tindakbalas keras akan mengakibatkan rakyat semakin menyisihkan PDRM dan memperkuatkan dakwaan bahawa PDRM tidak lain dan tidak bukan hanyalah kuda tunggangan UMNO dan BN.

Siap sedialah kamu menghadapi hukuman rakyat nanti.

Wednesday, March 23, 2011

Datuk T: The Three Ghaplah Jinggas

AND AT LAST the trio had to reveal themselves for who they actually are. It is indeed a tribute to Dato' Seri Anwar Ibrahim's team who had no problems identifying these UMNO-sponsored personas barely 24 hours after they 'shook' the world with a sex tape which, in my opinion, has less steam than Chua Soi Lek's escapades.

Nazri Aziz's response in an interview with Malaysiakini TV showed the irresponsible side of him though he is a self-proclaimed 'knowledgable lawyer'.

His statement that Anwar should 'stop preaching morality when his own morale is questionable' cannot in any way be attributed to a person well read in Law. He presumes that as Anwar has been faced with many sex allegations, surely one of them is true, clearly demonstrates this excuse of a Law Minister on how he perceives the concept of justice.

If his distorted logic were to be taken as a rule, surely Rahim Tamby Chik, Jamaludin Jarjis and even Najib Razak himself should be found guilty due to multiplicity of accusations. I fear if one day BN decides to appoint him as a Federal Court Judge.

Back to the topic in question, these 3 stooges clearly have violated section 292 of the Penal Code, and referring to the statement of the current Inspector General of Police who have classified it as being investigated under that section I have to congratulate him for not being a pawn of BN and UMNO.

Now that refers to culpability under the civil law. In Islamic Law the trio has committed Qadzf, - or slanderous accusation of adultery. Clearly Muslim drunkards and sex offenders feel that there is no need to substantiate their actions by referring to Islamic Syari'ah sources. And it is amazing that neither JAWI nor JAIS see the public screening of pornography as a religious offence, they would rather debate on whether bibles are forbidden to christians themselves or not.

If UMNO is indeed as religious as the heights of their songkok claims to be, then it would follow that they would conform to Islamic Law, and not merely those parts of Islamic Law which may accord them political mileage!

In any event kudos to PKR investigators for quickly identifying the trio and forcing them to reveal their identities unwillingly. It proves that Anwar's circle of influence is more far-reaching than Najib's and this is a major concern for UMNO. These mules will continuously feed information to Anwar and with UMNO's weaknesses known, Pakatan Rakyat will walk to Putrajaya in the grandest of fashion.