Showing posts with label Ketuanan Melayu. Show all posts
Showing posts with label Ketuanan Melayu. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Ketuanan Melayu vs Melayu Bermaruah!

Mohd Habib Abdullah
 
Gegar gempita TV3 dan juga UMNO apabila DS Wan Azizah menyeru supaya KETUANAN MELAYU ditukar kepada MELAYU BERMARUAH. Berduyun-duyun, para pemimpin UMNO termasuk Zul Kulim memberi pandangan betapa DS Wan Azizah dengan dokongan DS Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sebagai pengkhianat.

Baru Ini , ditayangkan betapa Sultan Selangor dukacita dengan beberapa pendatang melayu di Selangor yang mempertikaikan KETUANAN MELAYU dan INSTITUSI DIRAJA.Sebagai seorang Melayu, wajar untuk saya memberi jawapan kepada DYMM Sultan Selangor bahawasanya, pada masa dan ketika ini, saya malu menjadi melayu. Saya malu menjadi MELAYU yang diperbodohkan oleh KERAJAAN PIMPINAN MELAYU yang telah memerintah sejak dari 53 tahun dahulu.

Kekadang saya bertanyakan pada diri saya apakah kelebihan saya menjadi MELAYU???? Apakah dengan menjadi MELAYU, saya pasti mendapat kehidupan yang mewah dan dirahmati ALLAH. Apakah dengan menjadi MELAYU, saya mendapat kelebihan dalam mengharungi kehidupan didunia ini.

Selama 45 tahun saya hidup dimuka bumi Malaysia ini, saya telah melihat betapa ramai MELAYU menjadi mangsa MELAYU. Selama 45 tahun ini, saya melihat betapa ramai MELAYU diainaya oleh MELAYU.

Kita lihat sendiri bagaimana Negeri Kelantan yang diperintah oleh orang MELAYU tetapi dinafikan hak oleh kepimpinan MELAYU Negara. Bukan Choi Soi Lek atau Samy Vellu atau Koh Su Koon yang menafikan hak orang MELAYU Kelantan, tetapi Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib yang melakukannya. Mereka ini adalah orang MELAYU.

Apabila ramai MELAYU Murtad, pemimpin MELAYU Negara juga yang mengatakan angka tersebut tidak membimbangkan kerana mereka masih lagi MELAYU walaupun tidak beragama Islam. Jadi dimanakah rasionalnya kita memperjuangkan KETUANAN MELAYU?????

Kelmarin, 5hb. Disember 2010, penyokong PAKATAN RAYKAT menunjukkan betapa mereka menghormati KETUANAN MELAYU dengan keluar beramai-ramai untuk menghantar memorandum kepada DYMM Tuanku Mizan, Yang Dipertuan Agong yang merupakan KETUANAN MELAYU yang tertinggi di Negara MALAYSIA pada masa ini dengan harapan KETUANAN MELAYU yang diagung-agungkan oleh pihak UMNO, PERKASA dan NGO-NGO serta mengurangkan ketakutan DYMM Sultan Selangor perihal KETUANAN MELAYU, dapat mendengar rintihan rakyat yang ditindas oleh pihak SYABAS. Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya….. Polis MELAYU yang menendang MELAYU yang menghadiri perhimpunan itu. Polis MELAYU yang menyembur air kepada orang MELAYU yang hadir disitu. Menteri MELAYU yang memberi arahan supaya kekerasan digunakan kepada orang MELAYU yang hadir disitu. Ketua Polis Negara MELAYU yang mengarahkan polis MELAYU menzalimi orang MELAYU yang hadir disitu. Jadi dimanakah rasionalnya pihak UMNO dan PERKASA memperjuangkan KETUANAN MELAYU kalau MELAYU yang menzalimi MELAYU.

Bila DS Wan Azizah menyatakan KETUANAN MELAYU ditukar kepada MELAYU BERMARUAH… ramai orang UMNO dan PERKASA marah sehingga Peguam UMNO mencadangkan supaya DS Wan Azizah di ISAkan. Memang ramai pemimpin MELAYU UMNO dan PERKASA tidak dapat menerima MELAYU BERMARUAH kerana sejak merdeka lagi mereka tidak memliki maruah. Sejak dulu UMNO sukakan judi dan ianya sesuatu yang tidak BERMARUAH kepada MELAYU. Sejak dulu pemimpin MELAYU UMNO sukakan rasuah dan ia juga merupakan sesuatu yang tidak BERMARUAH kepada MELAYU dan sejak dulu juga pemimpin UMNO tidak menghormati Islam dan itu juga merupakan sesuatu yang tidak BERMARUAH kepada MELAYU.

Pihak UMNO dan PERKASA tahu sekiranya MELAYU BERMARUAH dijunjung maka puak-puak UMNO ini akan menerima tekanan dari orang MELAYU. Apabila orang MELAYU tahu bagaimana untuk hidup BERMARUAH….maka segala perilaku pimpinan MELAYU UMNO akan dipertikaikan dan segala-galanya menjadi sesuatu yang menyeksakan kepada pihak MELAYU UMNO.

Kita tidak akan melihat lagi MELAYU seperti ZUL KULIM jika MELAYU BERMARUAH… Kita juga tidak akan dapat melihat lagi MELAYU seperti ZAHRIN jika MELAYU BERMARUAH…. Dan kita juga tidak akan dapat melihat lagi MELAYU seperti EZAM jika MELAYU BERMARUAH. MELAYU seperti ZUL KULIM, ZAHRIN, EZAM dan beberapa lagi MELAYU yang seangkatan dengan mereka ini lahir disebabkan KETUANAN MELAYU dan bukannya MELAYU BERMARUAH…. Dengan Slogan KETUANAN MELAYU, mereka-mereka ini boleh MEMBODOHKAN MELAYU tetapi jika MELAYU BERMARUAH…. Mereka-mereka ini menjadi anjing dimata orang MELAYU.

Terkini, Menteri MELAYU jugalah yang telah mengungkap kata-kata / janji bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun ini tetapi sebaliknya yang terjadi. Kalau Menteri MELAYU itu seorang MELAYU BERMRUAH…beliau akan menjaga tutur katanya atau janji-janjinya. Tetapi disebabkan KETUANAN MELAYU lah maka harga minyak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya.

Semasa Robert Kuok menjadi RAJA GULA di MALAYSIA, harga gula stabil sehinggalah MELAYU FELDA mengambil alih dan kini rakyat Malaysia terutama orang MELAYU kampong merasa kenaikkan harga GULA berkali-kali dalam setahun. Dalam hal ini, saya lebih menghormati CINA BERMARUAH daripada KETUANAN MELAYU UMNO yang menindas rakyat.

KETUANAN MELAYU yang memerintah Negara pada masa ini jugalah yang menaikkan harga GAS walaupun mengikut asas penubuhan PETRONAS adalah untuk rakyat MALAYSIA. Sekiranya pemimpin itu MELAYU BERMARUAH…. Maka sudah pasti rakyat akan diPENTINGKAN, tetapi dengan KETUANAN MELAYU UMNO, rakyat didahulukan untuk membayar segala hutang yang dilakukan oleh puak-puak ini.

Akhir kalam, saya memohon kepada DYMM Sultan Selangor supaya memahami terlebih dahulu apa yang diperkatakan oleh DS Wan Azizah. Fahami betapa beruntungnya DYMM Raja-Raja MELAYU diseluruh NEGARA MALAYSIA ini jika memiliki rakyat MELAYU BERMARUAH… 
 
Sekiranya MELAYU BERMARUAH dijunjung, KETUANAN MELAYU tidak akan hilang dibumi MALAYSIA.. Sebaliknya sudah terbukti KETUANAN MELAYU telah menyebabkan MALAYSIA kehilangan Pulau Batu Putih dan juga Singapura. Sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa MELAYU, saya sekali lagi ingin bertanya kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor, Apakah itu yang DYMM Tuanku Sultan Selangor kehendaki…..

Wednesday, December 1, 2010

Ketuanan Melayu?

Laporan ini diambil daripada www.mesra.net setelah mendengar ucapan penangguhan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya sempena Kongres Nasional PKR 2010. Beliau menyatakan bahawa ungkapan 'Ketuanan Melayu' sememangnya disalahgunakan oleh UMNO/BN untuk meneruskan rompakan mereka terhadap kekayaan negara.

Jika NKRA digunapakai disini, maka ternyatalah UMNO gagal memartabatkan orang Melayu setelah 53 tahun berkuasa. 53 tahun untuk mengubah nasib bangsa? Pakatan Rakyat boleh lakukannya dalam separuh daripada tempoh itu!

Laporan dibawah dinyatakan oleh Menteri di JPM K. Devamany dan menunjukkan bahawa orang Melayu konsisten paling bawah dalam setiap kategori pendapatan sehingga bracket RM10,000 ke atas dimana orang Cina mendahului.

Secara kasar:

Pendapatan Isi Rumah RM700 kebawah:

Jumlah isi rumah: 67,300
Melayu: 65,000
Lain2: 2,300
Peratusan Melayu: 97%

Pendapatan Isi Rumah RM1000 kebawah:

Jumlah isi rumah: 496,500
Melayu: 301,000
Lain2: 195,500
Peratusan Melayu: 61%

Pendapatan Isi Rumah RM1000 - RM2000:

Jumlah isi rumah:1,695,900
Melayu:976,500
Lain2:719,400
Peratusan Melayu: 58%

Seperti yang dikatakan DSAI: Ketuanan Melayu Kepala Hotak Engkau!

---

KUALA LUMPUR: Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) tahun 2007 oleh Jabatan Perangkaan mendapati 301,000 isi rumah Melayu memperoleh pendapatan kurang RM1,000 sebulan, iaitu paling ramai di seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, K Devamany, berkata mengikut perangkaan HIS, anggaran isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang RM1,000 sebulan adalah seramai 496,500 orang.
 
Pecahan bagi kaum lain ialah 50,900 isi rumah Cina, 29,000 (India), 29,300 (Kadazan), 7,500 (Orang Asli) dan kaum lain 78,800 isi rumah.

Bagi kumpulan berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 dengan 976,500 (Melayu), 338,300 (Cina), 125,300 (India), 38,800 (Kadazan), 9,800 (Orang Asli) dan 207,200 kaum lain.

Beliau menjawab soalan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PKR-Sungai Siput) di Dewan Rakyat, semalam yang mahu mengetahui pendapatan isi rumah bulanan rakyat mengikut kaum.

Devamany berkata, 1.14 juta isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000, termasuk 614,700 (Melayu) , 300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan) , 2,500 (Orang Asli) dan 89,900 kaum lain.

Bagi pendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 pula, seramai 380,500 adalah Melayu, 234,700 (Cina) , 73,300 (India) , 8,900 (Kadazan) , 1,000 (Orang Asli) dan 44,600 kaum lain.

Pendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 pula 743,000 isi rumah membabitkan 380,500 (Melayu) , 234,700 (Cina) , 73,300 (India), 8,900 (Kadazan) , 1,000 (Orang Asli) dan 44,600 kaum lain.

Pendapatan antara RM4,001 hingga RM5,000 seramai 497,800 isi dengan 254,700 (Melayu) , 166,600 (Cina) , 44,800 (India) , 6,900 (Kadazan) , 200 (Orang Asli) dan 24,600 kaum lain.

Bagi pendapatan RM5,001 hingga RM10,000, ia membabitkan 914,200 isi rumah. Daripada jumlah itu, 419,200 (Melayu), 368,400 (Cina), 76,800 (India), 13,400 (Kadazan) dan 36,500 lain-lain kaum.

Sebanyak 235,300 isi rumah berpendapatan RM10,001 hingga RM20,000 membabitkan 85,700 (Melayu) , 118,700 (Cina) , 23,400 (India), 800 (Kadazan) dan 6,700 kaum lain.

Bagi kumpulan pendapatan melebihi RM20,000 pula, ada 49,500 isi rumah dan daripada jumlah itu, 16,500 adalah Melayu, 27,900 (Cina), 3,600 (India) dan 1,500 etnik lain.