Showing posts with label obama. Show all posts
Showing posts with label obama. Show all posts

Friday, November 27, 2009

AS Tidak Pedulikan Najib di Washington

KASIHANNN... apabila seorang Perdana Menteri Malaysia tidak dapat bersua dan diraikan oleh Ketua negara Amerika Syarikat - Barack Obama.

Lebih menyakitkan lagi, Perdana Menteri India - Manmohan Singh - diraikan dengan begitu hebat dan gemilang sehinggakan Presiden AS menyatakan kegembiraannya atas kesudian PM India tersebut datang menjenguknya di AS di samping menjanjikan perhatian AS terhadap isu keganasan, Pakistan, senjata nuklear dan China.

Perdana Menteri kita pula, hanya sekadar berucap di pentas 'National Press Club' yang tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan White House ataupun pentas universiti-universiti terkemuka di AS.

Lawatan Dr. Manmohan Singh dilabel sebagai 'antara pertemuan yang paling bermakna dalam abad ke-21'. Manakala lawatan Rosmah Mansor ke gedung shopping disana dilabel sebagai 'antara pengalaman shopping terhebat minggu ini'.

Tiada satu komen pun yang keluar daripada mulut Presiden AS kepada Perdana Menteri Malaysia.

Beginilah jadinya apabila jaguh kampung ini di'sekolah'kan di AS. Tunduk dan kerdil, di manakah retorika 'saya bukan alat Amerika' dan 'Malaysia tidak perlukan Amerika' kini? bukankah Malaysia begitu hebat? perlu apa Najib bertemu dengan Obama? Najib lebih besar daripada Obama! dan pertemuan Obama dan Dr Manmohan adalah kecil dan tiada makna sebenarnya.

Tetapi mengapa pula SELURUH DUNIA mengetahui dan ingin membaca berkenaan pertemuan kedua pemimpin ulung DUNIA itu?

Sah Najib terlalu kerdil untuk diperasan oleh AS mahupun Dr. Manmohan. Tiada sambutan khas bagimu. Saya cadangkan atas layanan 'buruk' ini - kita harus memutuskan hubungan dengan AS. Sebab kita tidak perlukan AS! kita hebat! kita 1Malaysia!

Cuba bandingkan dengan Anwar Ibrahim, beliau dijemput ke Brookings Institution, SAIS di Universiti Johns Hopkins, Universiti Georgetown, Majlis Perhubungan Antarabangsa AS, bertemu pula dengan wakil senat dan Rumah Putih. Ditemubual pula oleh Wall Street Journal, Washington Post, Far Eastern Economic Review dan lain dan lain.

Barulah dikira PEMIMPIN ANTARABANGSA!

Saya tak tahu sama hayat Duta Malaysia ke AS - Jamaluddin Jarjis akan bertahan lama, perkara sekecil ini pun tidak dapat diuruskannya. Setahu saya, sekiranya terdapat mesyuarat besar yang melibatkan pertemuan Obama dengan pemimpin lain, kita harus bijak menggunakan otak dan mencari tarikh yang lain. Mungkin disebabkan inilah standard pemimpin UMNO maka Najib kini lebih terkenal sekadar jaguh kampung sahaja dan tidak diperakui pula di arena antarabangsa.

Tentunya orang UMNO akan memekik Anwar agen AS, tetapi cabaran saya pula ialah: sekiranya Malaysia begitu hebat sehinggakan menghina Anwar dan AS sebegitu rupa, adakah Malaysia bersedia menghantar Duta AS kembali ke Washington? takut ke? atau pengecut?

Saturday, June 27, 2009

Hello? Obama ke? Aku Najib laa! Najib Altantuyaa tu!

Betapa bangganya Perdana Menteri Malaysia apabila mendapat panggilan telefon daripada Presiden Barack Obama Amerika Syarikat. Sehinggakan beliau sempat memanggil pemetik gambar Utusan Meloya untuk mengambil gambar beliau berkata-kata dengan Presiden AS tersebut.

Obama: Can I speak to the Prime Minister of Malaysia please?
Najib: Hello? Obama ke? ni Najib laa!
Obama: Who is this Najib?
Najib: Najib Perdana Menteri Malaysia laa! (oi! Utusan ambik gambar aku ni cepat!!)
Obama: What?
Najib: Aku Najib Altantuyaa laa!
Obama: So you're the new Malaysian PM? oh my God....
Najib: No, no, not your god, only Malaysian PM laa. Maybe next year...

Setahu saya, berita kematian Allahyarham Mikhail Jackson lebih besar daripada berita 'mengangkat telefon' ini. Apple i-Tunes menyatakan daripada 10 lagu muat-turun tertinggi di dunia 9 daripadanya ialah lagu Mikhail. Saya rasa panggilan telefon Obama tak sempatpun masuk senarai 1,000 teratas, mungkin bukan dalam 1 dalam googleplex pun!!

Tetapi ini menunjukkan sifat bangga Perdana Menteri menjadi tali-barut Amerika walaupun dalam keadaan sekadar 'menjawab telefon'. Bayangkan kalau Obama menegur beliau di Perhimpunan Agung UN di Geneva:

Obama: Hey Najib! you must close the Kamunting Detention Camp and outlaw ISA like we are doing by closing Guantanamo Bay!
Najib: Hey Obama! you look good! wait for my cameraman to take picture of us first!
Obama: Are you listening to me?!! REPEAL ISA!!
Najib: Cheeeeeeeeeeeseee!!

Saya akui, Barack Obama mungkin boleh menjadi Presiden AS yang tidak menzalimi umat Islam dan penyelamat Palestin namun sifat Najib ini dengan jelas menunjukkan betapa hinanya Malaysia kerana menyiarkan jawapan telefon Obama sebagai berita muka hadapan.

Bagi Obama, mungkin beliau sedang memakai bau Pagoda dan kain sarung tengah baca suratkhabar sementara berdialog dengan Najib. Bagi Najib, beliau harus berpakaian 'smart' baju batik dan memegang telefon tanpa menggunakan speaker phone di meja pejabatnya (kalau ada). Mungkin Najib tak dapat tunjuk kepada rakyat yang beliau 'bercakap dalam telefon' sekiranya menggunakan speaker phone?

Sebagai rakyat Malaysia yang punya jati-diri, saya malu apabila wakil negara saya memalukan diri di persada antarabangsa. Anifah Aman menceritakan berkenaan DSAI bersama Hillary Clinton (yang sememangnya bukan masalah antarabangsa), Rais Yatim cuba menyelesaikan masalah H1N1 dengan sekadar memanggilnya 'Selesema Babi' dan kini Najib menjawab telefon Obama menjadi 'Headliner'!. Inikah piawai wakil antarabangsa Malaysia?

Ingat lagi saya apabila DSAI diberi penghormatan karpet merah dan tembakan meriam 21 das oleh Menteri Luar AS Willaim Cohen pada 1998. Laman web sumbang seperti www.masterdedah.com menggunakan ini sebagai membuktikan DSAI boneka Amerika. Bagaimana kini? Najib lagi hina!! Setakat panggilan telefon pun nak dibanggakan, entah apalah yang Najib akan lakukan sekiranya 21 das meriam tersebut dilakukan untuknya. Mungkin rakyat Malaysia diberi cuti setahun gamaknya!

Saya bangga dengan tahap IQ pimpinan UMNO dan BN. TERLALU BANGGA!!