Showing posts with label tian. Show all posts
Showing posts with label tian. Show all posts

Thursday, September 25, 2008

Ifthar with YB Tian Chua

The office of YB Tian Chua arranged for an Ifthar cum dinner at the Dynasty Hotel on 22 Sept 2008. All supporters, sympathisers and even reps from civil services were available. The Fire Brigade Chief and DBKL reps were present. The Sentul RMP rep apologised for not being able to attend due to the Kuala Lumpur Police Chief having a visit to their station.

YB Tian was spectacular in his fine Baju Teluk Belanga and songkok, lending further credence to his ability to entice the Malay Muslims.

Since my problem at work I have been waiting for this opportunity to get back together with the PKR Batu Team ever since we trounced BN-Gerakan in the March General Elections.

The food was delicious and I also had time to talk with Kamil Samad, our Deputy Chief as well as other members of the Division. We worked hard and with Allah SWT blessings we have finally taken over the seat and may we continue to represent the people in Parlimen Batu for many more terms to come, InsyaAllah.

Sunday, April 20, 2008

Tian: Kelulusan Permit Suara Keadilan Satu Kejayaan

20 April 2008

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) melihat keputusan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk meluluskan permohonan permit akhbar Suara Keadilan, adalah satu kejayaan kepada perjuangan KeADILan selama tiga tahun menuntut permit diluluskan.

KeADILan mengalu-alukan pengumuman Menteri Dalam Negeri meluluskan akhbar milikan KeADILan ini serta mengkaji semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan hari ini kerana ia sejajar dengan tuntutan KeADILan dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menuntut hak untuk bersuara dan hak setiap parti memiliki dan menerbitkan surat khabar sendiri. Maka, keputusan KDN ini akan dapat membuka lebih banyak ruang untuk kritikan serta menyebarkan idea-idea reformasi KeADILan dengan lebih meluas dan berkesan.

Walau bagaimanapun, tindakan KDN meluluskan permit Suara Keadilan dalam tempoh 50 hari selepas pilihanraya adalah sekelumit dari permasalahan yang jauh lebih besar, iaitu dasar kerajaan Barisan Nasional yang masih mengongkong kebebasan media dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Sekiranya kerajaan Barisan Nasional bersungguh-sungguh ingin memulihkan demokrasi dalam negara, akta-akta di atas harus dimansuhkan dan langkah yang lebih menyeluruh wajar diambil agar ruang kebebasan media benar-benar terjamin, misalnya apa yang terjadi ke atas surat khabar Tamil Makkal Osai baru-baru ini tidak harus berlaku.

Sesungguhnya, asas kemajuan sesebuah negara adalah ruang media yang bebas bagi memastikan pentadbiran kerajaan telus dan rakyat dapat menyuarakan pandangan berkenaan polisi negara dan keputusan kerajaan dalam pelbagai isu.Lidah rasmi KeADILan mula diterbitkan sejak Jun 2005 dengan dua minggu sekali. Permohonan permit telahpun dikemukakan kepada KDN ketika itu namun tidak mendapat sebarang jawapan selama tiga tahun. Berpuluh-puluh surat pertanyaan telah dihantar ke KDN dan satu memorandum telah diserahkan kepada Suhakam, namun masih terdapat ramai pengedar diintimidasi dan beribu-ribu nashkah Suara Keadilan dirampas oleh KDN kerana status permit yang tidak jelas selama ini.

Tian Chua
Ketua Penerangan
Ahli Parlimen Batu, WP
Parti Keadilan Rakyat