Friday, May 16, 2008

Awas!

Sama ada kita sedar atau tidak salah satu cara pemimpin-pemimpin umno atau kerajaan BN menipu rakyat ialah bila ada bencana besar, bila sahaja ada bencana besar maka akan timbul lah ,parti parti politik,persatuan,ngo atau badan-badan kerajaan kutipan derma sama ada melalui akhbar dan sekarang yg paling popular ialah melalui sms. memang bagus semua itu,demi membantu mangsa-mangsa yang di timpa bencara. tetapi betulkah sumbangan-sumbangan itu akan sampai kepada mereka-mereka yang susah, atau mungkin hanya sampai separuh sahaja.



Banyak dah kita dengar setahun lepas bencara apa-apa pun terutamanya yg berlaku dalam negara akan ada orang membuat komplain yang mereka tidak mendapat itu dan ini. Habis kemanakah sumbangan-sumbangan terutamanya wang ringgit. saya tidak membuat tuduhan tetapi saya meminta rakyat menilai atau memikirkanya, dah banyak kali dah kita dengar kelohan orang. dalam bab cuba menunjukan baik,menunjuk bagus, menunjuk perihatin serahlah kepada pemimpin,ahli-ahli umno. akan keluarlah muka-muka tempayan di dada akhbar, cuma betulkah mereka perihatin,betulkah mereka jujur menjalankan amanah. hanya tuhan sahaja yang tahu. contohnya di adakan kutipan untuk mangsa bencana Mynmar ,katalah dapat rm 50 juta,adakah rakyat malaysia pasti rm 50 juta tu sampai sepenuhnya kepada rakyat mynmar.itu di negara lain yang kita tak tahu.



Television Malaysia pasti akan mengiyakan. saya harap rakyat malaysia fikirkanlah sendiri. cukuh selama ini kita di tipu.kalau beri berilah melalui persatuan persatuan agama. kalau nama orang politik atau persatuan di bawah kerajaan fikirkanlah sepuluh kali. kita bukan orang kaya

No comments: