Wednesday, May 7, 2008

Raja Petra Kamaruddin dan Candlelight Vigil - Solidariti with RPK

Assalamualaikum Wrt. Wbt. / Salam Reformasi.

Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu membantah sekeras-kerasnya tindakan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan episod penangkapan Raja Petra Kamaruddin (RPK).

Pihak Bahagian merasakan bahawa penangkapan ini bermotifkan politik dan seharusnya Najib Tun Razak disiasat rapi berkenaan tuduhan-tuduhan yang sudah sampai ke pengetahuan umum berkenaan kes Altantuya Shaariibuu.

PDRM harus diingatkan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang dimana satu-per-satu tuduhan mendiang Khalid Jafri disiasat dan DSAI dipaksa membuktikan beliau tidak bersalah. Konsep 'guilty until proven innocent' ini perlu dilaksanakan juga ke atas Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor.

Untuk mengingatkan pihak PDRM lagi, siasatan terhadap Khir Toyo dan Zaharah Kechik perlu juga digerakkan menggunapakai kaedah songsang di atas.

Kepada rakyat yang mahukan keADILan untuk saudara RPK, saudara dijemput ke Malam Solidariti bersama RPK di Pintu Utama Penjara Sungai Buluh malam ini (7 Mei 2008) jam 9:00 malam.

Jazakallahu Khairan Kathira,

AMIR HAMZAH BIN AMHA
Ketua Penerangan
Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu
http://puterabatu.blogspot.com

No comments: