Monday, September 22, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Minal Aa'idil Wal Faizin dan Kullu 'Aamin Wa Antum Bikhair.

Salam khas saya sekeluarga ditujukan kepada keluarga tersayang dan sahabat handai, lebih-lebih lagi mereka yang saya anggap sama seperti keluarga.

Salam khas juga saya tujukan kepada jawatankuasa PKR Bahagian Batu, terutama kepada YB Tian Chua, Sdr. Kamil, Lily, Rozan dan yang teristimewa sekali kepada Abg Wan Shamsudin, 'abang angkat' saya yang saya hormati dan anggap sebagai seorang abang. Keutuhan beliau memperjuangkan reformasi sejak dahulu hingga kini menjadi pegangan saya dalam perjuangan.

Salam khas juga kepada rakan sepejabat yang telah menjadikan rutin kerja seharian menghiburkan, dan kepada bos-bos saya juga Selamat Hari Raya, maaf zahir batin saya ucapkan.

Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna kepada anda semua sebagaimana ia lebih bermakna kepada saya berbanding tahun lepas. InsyaAllah, saya akan cuba perkuatkan azam dan semoga cubaan yang ditempuhi di tempat kerja akan memberikan saya kekuatan baru untuk menegakkan kalimah Allah SWT di muka bumi tanpa menimbulkan rasa sangsi daripada rakan bukan Islam.

Harapan saya semoga Islam dapat dikenali dengan lebih teliti dan tidak disalahertikan, dan tidak pula disalahgunakan untuk kepentingan politik oleh BN danUMNO.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Putera Batu.

No comments: