Saturday, January 31, 2009

AMARAN KEPADA PENYIASAT!

Saya sememangnya berbangga melihat saudara meneliti blog saya dalam usaha anda yang terkial-kial mencari alasan untuk mengambil tindakan (lanjutan?) terhadap saya. Percayalah, usaha anda sia-sia dan tindakan saudara cuba menggugat periuk-nasi saya akan disaksikan di akhirat nanti.

Sebagai seorang Islam, saya tidak pernah kecewa akan takdir Ilahi, dan saya sesungguhnya percaya bahawa rezeki itu bukannya datang daripada mana-mana individu. Sesungguhnya Allah SWT yang memberi rezeki kepada saya dan kepada Allah jualah saya dan saudara akan kembali. Keadilan hakiki bukan di dunia, malah dunia ini penuh dengan manusia yang zalim, bongkak dan pak turut menjilat punggung mereka yang berkuasa.

Saya sedikit keliru mengapa usaha saya berbaik-baik dengan saudara disambut sebegini, tetapi saya bersumpah dengan nama Allah SWT, setiap tindakan yang saudara kenakan terhadap saya dan keluarga saya akan saya balas dengan berlipat ganda lagi. Sekali dua boleh saya sabar, tetapi jika pisang berbuah dua kali - saya tidak akan teragak-agak membuat sesuatu yang akan membuat saudara menyesal tidak berkesudahan.

Zaman minda terpasung saudara dan yang sezaman dengan saudara sudah berakhir, sifat 'kow-tow' dan 'pendakwaan terpilih' yang saudara lakukan sudah lapuk. Pernahkan saudara terfikir bahawa setiap tindakan itu akan menghasilkan tindak balas? kadang-kala tindakbalas itu lebih dahsyat daripada tindakan awalan, dan percayalah saya bahawa saudara tidak cukup kuat untuk menahan tidakbalas saya terhadap saudara dan yang seangkatan dengan saudara kelak.

Kepada saudari, saya nasihatkan saudari tumpukan kepada kerjaya saudari dengan teliti dan penuh amanah, jangan menuding jari dan jangan bongkak dengan rezeki Ilahi. Allah SWT yang memberi rezeki dan Allah jualah yang boleh merampasnya semula. Sedangkan kerjaya saudari pun tidak dilakukan dengan baik inikan pula ibadah. Bacalah Sirah Islamiyyah dan bala Allah terdahulu. Saya tahu segala apa yang saudari lakukan, dan janganlah ingat amaran diatas tidak kena mengena dengan anda.

Saya nasihatkan saudari bertaubat, perbaiki amalan dan kembali taat kepada perintah Allah dan Rasulnya. Lagak gaya saudari tidak mencerminkan perangai seorang Islam, dan saya percaya saudari sendiri tahu azab balasan Allah di Akhirat kelak.

Saya seorang perjuang, dan saya tidak nampak kamu berdua sebagai lawan saya. Sedangkan dalam kapasiti profesional pun kamu tidak setakat mana, sekadar dua kaki bodek yang yakin merekalah di pusat alam semesta, yang terlalu konfiden dengan kehebatan diri dan tidak menyedari bahawa di belakang mereka, mereka digelak-tawa dan dihina seperti sampah.

Saya cabar saudara/saudari, ambillah tindakan pemutus. Saya tidak akan mengaku kalah, dan saya akan lawan sehingga Allah memberikan saya kemenangan - di dunia ataupun di akhirat.

Pedang Allah belum sampai ke tengkuk kalian berdua. Dan percayalah bila masa itu sampai, saya akan menghunusnya, dan pada masa itu kamu akan tahu tinggi-rendahnya langit dan bumi!!

No comments: