Wednesday, April 29, 2009

PEWARIS: Setuju Seksa Keluarga Tahanan tanpa Bukti?

Saya merujuk kepada laporan Malaysiakini dan portal media lain berkenaan cabaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) kepada PEWARIS untuk berdebat sama ada ISA diperlukan untuk membela Islam.

Dr. Maamor Osman, orang kuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan juga Majlis Permuafakatan Ummah PEWARIS, adalah seorang yang pelik lagi memelikkan.

Beliau memperjuangkan Ketuanan Melayu, Ketuanan Raja-Raja dan juga Ketuanan Islam. Jika beliau hidup aktif di Afrika Selatan pada zaman pentadbiran apartheid Willem Botha atau Marais Viljoen; mungkin boleh jadi juga beliau boleh dijadikan Menteri Pemerkasaan Ketuanan Orang Kulit Putih di situ. Itupun jika Dr. Maamor berkulit putih!

Islam tidak perlu dibela oleh undang-undang keparat seperti ISA atau persatuan kartun seperti PEWARIS. Islam tidak memerlukan manusia; manusialah yang memerlukan Islam. Islam tidak memerlukan ISA untuk dilindungi; Allah SWT melindungi Islam sehingga Hari Kiamat.

Dr Maamor GAGAL memahami bahawa perjuangan Ketuanan Melayu TIDAK KONSISTEN dengan perjuangan membela Islam, kerana Islam itu maha-melitupi, lebih besar daripada pejuangan membela mana-mana kaum; dan tidak akan sekali-kali memerlukan manusia - jauh sekali kaum Melayu yang insignifikan untuk membelanya. Ingat! orang Melayu tidak sinonim dengan Islam; lihat sahaja di Medan, Indonesia! Hanya orang Melayu kartun seperti Dr Maamor yang menjangka Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam!

Lihat sahajalah jumlah orang Islam di daerah Xinjiang, China. Jasa-jasa pedagang China dan India dari Gujeratlah yang membawa Islam ke Tanah Melayu pada waktu Melayu masih lagi Hindu dan animis. Masih lagi ingat kepada Laksamana Cheng Ho dan Puteri Hang Li Po? mereka adalah Islam jauh lebih awal daripada datuk nenek Dr. Maamor!

Saya katakan Dr. Maamor seorang yang pelik, ini adalah kerana walaupun dengan kebijaksanaannya sehingga beroleh gelaran 'Doktor', beliau gagal melihat isu mana yang sepatutnya beliau ketengahkan sebagai landasan perjuangan beliau membela Islam.

Mengapa ISA pula yang disanjungnya? apakah Dr. Maamor begitu buta hati dan buta mata untuk melihat keterangan dan dalil Syar'iyyah berkenaan hukum jenayah dalam Islam? dan juga perlunya manusia membawa bukti untuk membuktikan kesalahan jenayah?

صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لاَ يَرْجِعُونَ - Pekak, Bisu dan Buta dan mereka tidak akan kembali (ke pangkal jalan) - Surah Al-Baqarah Ayat 18.

Apakah Dr. Maamor juga buta berkenaan perintah Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah Ayat 111 daripada Al-Qur'an yang menyebut:

قُلْ هَاتُواْ بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ - Katakanlah! Tunjukkanlah bukti-bukti kamu sekiranya kamu daripada pihak yang benar!.

Dan juga daripada Al Baqarah Ayat 274: وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُواْ - dan para saksi hendaklah memberi keterangan bila mereka dipanggil.

Mereka yang ditahan dibawah ISA tidak perlu dibuktikan kesalahan mereka, malah proses keADILan di Mahkamah juga tidak dibenarkan. Walaupun sepatutnya di Mahkamahlah segala bukti boleh dipersembahkan dan dinilai. Barulah si Hakim akan memutuskan sama ada si fulan itu bersalah atau sebaliknya.

Saya mendoakan agar Dr. Maamor menyedari bahawa kemunduran Islam dan Umat Melayu adalah disebabkan polisi BN dan UMNO yang memutar-belitkan Islam. Injuksi, Undang-Undang dan Perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW yang direkodkan dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah dihina dan dilabelkan sebagai 'Akta Keluarga Islam' dan 'Undang-Undang Islam Negeri' yang sebenarnya hanyalah undang-undang buatan manusia yang dipakaikan kepada orang Islam; bukannya undang-undang Islam yang sebenarnya!

Tidakkah Dr. Maamor sedar bahawa UMNO dan BN lah yang terus terang menghina orang Melayu dan Islam berterusan lebih daripada 50 tahun. Sehingga kini, hanya kroni-kroni dan segelintir Melayu yang berusaha keras dapat berjaya, rata-rata orang Melayu hambar dan memerlukan sokongan. Islam dipersendakan dengan label Islam Hadhari dan Islam Moderate atau Liberal hanya untuk membenarkan orang Melayu beriman dengan sebahagian daripada Islam dan kufur kepada sebahagian Islam yang lain!

Apakah sekiranya penahanan seseorang dibawah ISA yang dilakukan atas dasar 'memelihara Islam' itu tersilap orang? bukti tidak boleh ditunjukkan bahawa dia tidak terlibat kerana Mahkamah tidak dipersembahkan dengan bukti tersebut! apakah Menteri Dalam Negeri lantikan sayap Eksekutif boleh menjalankan peranan menimbang bukti sepertimana yang dilakukan para hakim? Dimanakah konsep pengasingan kuasa Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman?

Islam perlu dimartabatkan bukan dengan penahanan tanpa bicara, malah Islam itu maha Agung! Pembelaan Islam tidak boleh dicacat-cemarkan dengan tindakan zalim, kerana Islam itu adalah antonim kepada kezaliman; Islam itu KEADILAN!

9 comments:

nick said...

Dr Maamor...UMNO lackey....not sure about his religion. Maybe he just profess islam to gain earthly gains just like the mamak claiming to be malay just to covet wealth and power...Islam and ISA is not compatible..just like UMNO and PAS..

Amir Hamzah said...

yeah man, its like oil and water. Sad about Dr. Maamor man, really sad..

nanda666 said...

I honestly think that the malay and muslim connection needs to be seriously looked at. There are just too many of these inconsistencies mainly due to the fact the "bangsa Melayu" itself is so vague. Malaysians who are clearly of India, Chinese or other origins suddenly transform into bangsa Melayu after converting to Islam. Huh??
Can I become "white" if I become a Catholic??
How a person switches race and origin by switching religions is beyond my understanding so hopefuly you can shed some light, dude!!
I assume the BN MB of Perak is Melayu???? Yeah right!!! And I'm Irish!!! hehehehe!!

Amir Hamzah said...

heheheh. If Zambry is Malay then I'm Michael Jackson!

anfield devotee said...

So Amir, where's Bubbles . . .?

Amir Hamzah said...

wot bubbles?

nanda666 said...

Bubbles is MJ's pet monkey la!!! haiyo!!!

Amir Hamzah said...

ooh i see. Must have left him at the US!

anaklangkawi said...

Amir,
I just want to answer what Nanda666 said about Malays. It is wrong when you said once people convert their religion to Islam it is automatically be a Malay..
One question ? if you mary a chinese or indian.. will your daugther be considered as Indian or Chinese..
My answer is simple .. it can be considered both.. So when an Indian or Arab mary a Malay.. then they can be considered Malay in bloodline & also considered a Malay..

p/s: some ppl just dont know..