Thursday, July 9, 2009

PPSMI: Peluang Kontrak Baru Kroni UMNO!

Semua lapisan masyarakat sedia maklum. Perdana Menteri Malaysia Najib Razak amat takutkan serangan politik Dr. Mahathir. Jika diamati tindakan Che Det, khususnya ketika era pemerintahan Pak lah, Che Det amat tajam serangannya dan natijahnya ialah mundurnya seorang PM Malaysia yang paling antiklimaks dalam sejarah negara.

Tak logik sekiranya Najib bermusuhan dengan Tun Mahathir. Oleh itu, dijadikan Mukhriz sebagai Timbalan Menteri dan menerima semula Tun Mahathir sebagai ahli UMNO. Najib akan lakukan apa sahaja untuk mengelakkan diri daripada dikritik Tun Mahathir!

Tetapi bak kata pepatah mat saleh: "A cat has nine lives"; kesemua sembilan nyawa Najib dikira kini dan sekiranya prestasi buruk beliau terhadap Tun Mahathir diambil kira, saya rasa Mahathir akan mengisytiharkan perangnya yang kedua terhadap penggantinya yang kedua tidak lama lagi.

Dalil-dalilnya adalah seperti berikut:

1. Jambatan Ketiga ke Singapura. Tidak menghiraukan pendapat Sultan Johor, dan tidak pula mahu meneruskan projek jambatan 'bengkok' Tun Mahathir;

2. Perjanjian bekalan air dengan Singapura yang salah satunya akan luput tempoh pada 2011. Pada kadar 3 sen bagi setiap 1000 gelen sehingga kini, kerdilnya Malaysia menentukan harga air dengan Singapura tidak menyenangkan Mahathir. Nampak gayanya sifat 'lembik' Pak Lah diturunkan pula kepada Najib (ingat Johor pernah mengalami kekurangan bekalan air dan Johor perlu pula membeli semula air daripada Singapura pada kadar yang mahal!!) .

3. BN jadi pengecut di DUN Penanti. Sehingga sanggup memalukan Tun Mahathir dengan alasan-alasan yang karut (perlu membantu ekonomi, iklim politik yang terlalu hangat) apabila dilihat UMNO bertanding pula di Manek Urai;

4. Pembatalan PPSMI yang merupakan ide Tun Mahathir untuk melenyapkan peranan pemartabatan Bahasa Melayu Baku yang dianjurkan Dato' Seri Anwar Ibrahim;

(Para pembaca disila menambahkan lagi sekiranya ada)

Selain diatas, persoalannya adalah, apakah wujud perkara lain yang sanggup Najib gadaikan 5 nyawanya yang masih tinggal? (9-4 di atas = 5). Jawabnya ada, iaitu teknik mendapatkan sokongan UMNO akar umbi.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2008, Wakil Wanita UMNO Datuk Rosni Zahari berkata "Kami wanita tak mampu nak bersaing dengan kontraktor lelaki untuk dapatkan kerja, kami tak pandai nak melobi, tak pandai nak ajak 'boss' main golf, makan malam atau pergi karaoke. Selepas melobi, mereka ini dapat dua tiga projek dan kami wanita melopong tak dapat apa benda," (lihat perkatan 'lobi' = 'rasuah' pada kamus saya!!)

Jelas disini bahawa ahli UMNO sememangnya berkepentingan meraih keuntungan - mesti dapat 'benda'. Ingat lagi saya kepada ungkapan bekas Ketua AMK Malaysia Ezam Mohd Noor yang membawa cabaran "tunjukkan kepada saya seorang sahaja yang masuk UMNO kerana ikhlas" (atau yang seumpamanya).

Dengan 'dalil' diatas jelas bahawa wang ringgit adalah motivasi utama untuk menggerakkan Najib agar tidak mengendahkan perjanjiannya dengan Tun Mahathir, malah sanggup mengkhianatinya. Walaupun bukan ke poketnya tetapi poket ahli UMNO, Najib perlu laksanakan perkara ini demi kelangsungan riwayat politiknya.

Pada perlancaran PPSMI enam tahun dahulu, pelbagai kontrak penerbitan buku teks, khidmat sokongan PPSMI dan lain-lain kos dilaporkan mencecah RM12 BILLION. Kini, apabila tiada lagi laluan untuk menghalalkan pemberian kontrak yang boleh mencecah BERBILION-BILION, maka UMNO pun kini mengisytiharkan PPSMI gagal lalu mengisyaratkan kroni UMNO untuk bersedia mendapat habuan baru dari segi pembekalan buku teks dan khidmat sokongan lain pula untuk kembali mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.

Sudah pasti bahawa pemberian kontrak untuk program penghayatan kembali Bahasa Melayu tidak akan dibuat secara terbuka atau telus. Dan sudah pastinya anjing-anjing UMNO sedang menjilat-jilat tangan mereka dan tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkan projek-projek tersebut yang mungkin akan mengambil kos yang lebih besar daripada kos projek PPSMI.

Bagi saya kamu sedutlah sepuas-puas hati kamu. Al-Qur'an telah menyebut, Li Kulli Ummatin Ajal - dan UMNO tidak terkecuali. Kamu tunggulah wahai suami Rosmah, jejak rasuah Mickey Khir Toyo yang akhirnya dibogelkan dihadapan rakyat akan diikuti oleh penjelasan sama terhadap kamu tidak berapa lama lagi.

No comments: