
Laporan itu juga menyatakan bahawa 'Malaysia tidak dapat menjamin bekalan disebabkan kos yang terlalu tinggi' dan 'Malaysia tidak mampu untuk membayar kosnya'.
Sekiranya saya Perdana Menteri Malaysia, ataupun Menteri Besar Johor pada ketika itu, dan apabila diacukan ugutan seperti demikian, saya tidak akan berkompromi. Saya tidak akan menjawab 'Alaaaa Lee Kuan Yew, janganlaa serang kami, kami tak ada duit nak perbaiki prasarana pemprosesan air Sungai Linggi'. Saya akan menjawab, 'KALAU KAMU BERANI MARILAH!' atau dalam pelat Inggerisnya 'BRING IT ON!!'
Tapi masalahnya orang-orang yang berjiwa pendekar (seperti saya dan member-member seperjuangan saya... ahem, ahem) tidak pula mendapat tempat menjadi PM atau MB. Yang diberi peluang menjawat pula adalah daripada golongan pengecut dan 'kecut teloq' yang berani bantai rakyat sendiri tetapi segan, malu, takut dan gentar apabila berhadapan dengan pemimpin luar.

TPM kita boleh belajar sedikit daripada Anwar tentang jatidiri seorang rakyat Malaysia. Tidak takut akan ugutan atau paksaan. Bukan jadi hero julangan media massa tetapi pembela negara ketika kedaulatan kita dicabar.
Teguran persis ini sekiranya berlaku di Malaysia boleh dianggap 'celupar' oleh UMNO. Bagi UMNO pimpinan mereka betul semuanya, maksum daripada kesilapan. Akibatnya mereka merewang dalam dunia fana mereka sendiri, dan pada Pilihanraya Umum nanti, mereka akan terkedu melihat betapa marahnya rakyat kepada mereka yang penakut, fasik dan zalim.
http://puterabatu.blogspot.com/
2 comments:
Sedara,
Sebenarnya masaalah air ini dibesar besarkan sahaja. Sudah berkali kali KL dan negeri lain mendapat kemarau dan terpaksa lori air hantar ke rumah tapi setahu saya, di JB tak pernah sekali berlaku. Kita tak pernah mendapat masaalah kurang air.
Perjanjian Air dengan Singapura dibuat sebelum merdeka tetapi disebabkan hal hal tertentu, Tun Abdul Rahman menolak keahlian S'pore dengan Malaysia. Walaupun begitu perjanjian diteruskan sahingga (kalau tidak silap (2060).
Walaumacamanapun Syarikat Air Johor masih mendapat keuntungan kerana perbelanjaan tapis air ditanggung Spore.
Banyak perkara perihal Spore ditimbulkan oleh Dr.M.
Orang politik menghala negara lain untuk mangalih perhatian dari negara sendiri. Singapore Merdeka baru 40 lebih tahun, namun Singapore 1 dolar sekarang 2.40 sen. Mungkin itu mereka tak suka Singapore untuk menutup malunya.
Orang JB
Terima kasih saudara. Teruskan memberi maklumat.
Post a Comment