Thursday, August 20, 2009

Penggunaan Aset TUDM Untuk Program UMNO. Padan Muka Rakyat!

MEMANG PADAN MUKA RAKYAT MALAYSIA! Dahlaa kita kena buli dengan Singapura pasal tanah, air dan Pulau Batu Putih (win-win situation kata Rais Yatim), kini seorang TPM tanpa segan silu mengaku menggunakan helikopter TUDM untuk ke program merasmikan mesyuarat UMNO.

Semakin lama semakin parah rakyat Malaysia. Semakin lama semakin besar kepala UMNO dan pimpinan depa. "Yelah, sebab rakyat dah undi kita selama 52 tahun untuk memerintah negara, kalau BN menang lama tu, maksudnya rakyat setujulah cara kita songlap duit rakyat, guna reta TUDM macam reta MAK BAPAK kita. Kalau rakyat tak setuju, kenapa dia undi BN kan? suruhlah dia undi lain".

Macam kes MP Bintulu Tiong King Sing, tanpa segan silu menyebut dalam laporan Malaysiakini yang saya baca semalam pada 19/08/2009; beliau menyatakan bahawa kos PKFZ yang melampau itu (lebih RM1 Billion dituntut - bukan 1 Malaysia!!) sepatutnya disembunyikan oleh Ong Tee Keat dan diserapkan dalam 'milestone payment' agar tidak dilihat sebagai 'Variation Order Request', dan rasuah lebih daripada RM10 juta yang diberikan kepada Presiden MCA and RM1 Juta yang diberikan kepada Chew Mei Fun. Perkara ini diselindungkan dan hanya apabila pimpinan Pakatan Rakyat membongkarkannya dan menyebabkan Presiden MCA itu menggelabah dan mula 'tikam rakan sekatil', barulah semuanya terbolah.

Rasuah dalam MCA dan BN nampaknya terlalu parah. Ini belum lagi pendedahan yang bakal dibuat oleh Setiausaha Agung Parti SPDP itu terhadap rasuah kepada pimpinan UMNO. lagi gempar! Harap-harap pendedahan ini boleh dibuat sementara kempen di DUN Permatang Pasir, mahu lingkup UMNO 4 kaki naik ke atas!

Seolah-olah rasuah ini sesuatu yang mudah dan halal. Kes mendiang Teoh Beng Hock telah membuka lembaran baru pula dimana nyawa sudah tidak bernilai. Ini belum lagi dikira kes 'kematian mengejut' yang berlaku dalam tahanan polis!

Tapi semuanya ini adalah berkat sokongan dan dorongan rakyat yang mengundi UMNO, MCA dan BN selama 52 tahun ini. Tahniah! anda telah berjaya menjadikan negara ini kepunyaan BN! nanti kalau kita marah sama pimpinan BN sambil berkata 'Kau ingat ni negara BAPAK kau ke?!!' mereka pasti menjawab, 'yaaaaa! betul! ini sememangnya negara BAPAK saya!!'

http://puterabatu.blogspot.com

No comments: