Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya - Maaf Zahir dan Batin

Sempena berakhirnya Ramadhan al Mubarak, Puterabatu ingin menyusun jari memohon maaf atas segala yang telah saya lakukan, secara sengaja atau tidak, secara lawak atau tidak.

Marilah kita semua bermuhasabah diri dan mengamalkan Tazkiyyatun Nafs, menyedari hakikat hidup tidaklah lama, dan hidup dan mati kita hanyalah kerana Allah Azzawajalla.

Seperti biasa, sebelum saya mengundurkan diri, saya selitkan di sini contoh amalan sejenis spesis Islam yang kita biasa lihat di Malaysia, yang beriman dengan sebahagian daripada Islam dan kufur terhadap yang lain.

Mereka ini suka mentafsir Islam mengikut hawa nafsu sendiri tanpa panduan Al-Qur'an al Karim dan Sunnah Nabawi. Kesannya kita dapat lihat pada gambar-gambar disini yang saya benarkan untuk digunakan di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, sebelah kampung asal si Minah Ronggeng yang tengah terketar-ketar mengaji tu. Kalau bab karaoke lagu Mawi bukan main galak lagi ye Minah?

Bila berbicara bab perempuan tua maka adapun perempuan muda pula mengikut rentak si tua itu malah dengan lebih "Ummphh" lagi. Maka Minah Ronggeng yang tak reti aurat baca Qur'an menggigil, maka Minah Ronggeng 2 pula merasakan tidak ada halangan untuk beliau turut membaca Al-Qur'an menggunakan baju ala organza Cap Lawan Tokey.

Semoga lahanat-lahanat ini yang mewakili parti lahanat mereka itu sedar dan kembali ke pangkal jalan. Semoga Islam Hadhari akan membela kalian apabila dihimpunkan di Padang Mahsyar kelak.

5 comments:

anaklangkawi said...

Salam Saudara,

Amat sedih melihat kata2 pembukaan diakhiri dgn kata2 perkataan yg mengutuk org lain.. adakah ini pendekatan Islam sebenar,. jadi tak guna mintak maaf menyusun jari jika kata2 nista & maki hamun diakhiri.. apa2pun..

biarlah mereka dgn apa yg dibuat.. ttp cara saudara macam confirm mereka2 yg mewakili parti 'lahanat' ni confirm ahli neraka.. maka saya katakan tinggi betul darjat saudara hingga boleh menghukum saudara se-islam sedangkan nabi pun tak tahu sapa ahli syurga neraka..

salam sahabat & selamat hari raya aidilfitri..


p/s: tak guna buat salam raya dll bila diakhiri dgn maki hamun.. fikir2lah adakah amalan ini diredhoi allah... (tak terkejut saudara ckp mcm ni maklumlah tok guru kata hangpa ni confirm ahli syurga)

anfield devotee said...

Yo Mr Blueshites,

Selamat Hari Raya.

Amir Hamzah said...

To my buddy the Redshite, thanks much.

As for Anakanda Langkawi, siapa kata aku mintak maaf kat UMNO dan geng hangpa? tiada sebab untuk aku mintak maaf sekelumitpun daripada hangpa.

Apakah mereka yang menghina agama Allah SWT kita harus minta maaf sepertimana gambar-gambar yang kita lihat? berdasarkan Qur'an dan Sunnah mereka ini patut di hentam kerana menghina Islam.

Jadiknya tak perlulah berfantasi aku memohon maaf kepada juak2 penghina Islam. Sebagai isteri pemimpin nombor satu negara, menghina Islam dengan tidak menutup aurat sambil bertarannum tidak boleh dimaafkan. Samalah seperti suami dia yang sembah patung kat Tugu Negara nun.

Pasal syurga dan neraka aku berani cakap, KEBANYAKAN AHLI UMNO TERMASUK PEMIMPIN UMNO MASUK NERAKA DAN KEBANYAKAN AHLI PAS TERMASUK PEMIMPIN PAS MASUK SYURGA.

ada faham?

Unknown said...

...anaklangkawi,

eloklah diperhalusi ....tentang apa yang diperkatakan,kadang2 kita tak nampak sebab kita terhijab oleh sebab dinding dinding yang kita sendiri bina!
jangan jadi pasif tentang Islam....ayuh,kalau mau yang terbaik ,cubalah dalami apa itu Islam!..."Islam satu cara hidup,menjamin kehidupan dunia dan akhirat"!

anaklangkawi said...

Salam rakan2..
Sedih tgk kenyataan Amir.
walau apapun amir..

kepada haby,
sapa yg letak tembok? saya ka tuan punya blog..
sedih melihat ketaksuban menguasai diri sehingga saudara seislam ditentang & salam dihulur ditendang sedemikian rupa..

redo dgn ujian allah..
hanya allah yg maha mengetahui.. (