Sunday, November 1, 2009

Puterabatu, D'Pinggiran Kemuning dan DUN Sri Muda

Hampir setahun sudah saya berpindah ke kawasan DUN Sri Muda dan dengan izin Allah SWT saya telah berjaya menyesuaikan diri dengan baik. Kawasan kediaman saya di D'Pinggiran Kemuning kini telah diwujudkan Persatuan Penduduk yang diterajui oleh seorang hamba Allah yang digelar 'King of Dinar' lantaran kerjayanya dalam pasaran matawang.

Ahli Persatuan Penduduk kami semuanya (kecuali saya) terdiri daripada mereka yang 'high flyers'; sama ada Pengurus, Professor mahupun Pengarah, namun saya tabik hormat atas sifat mereka yang amat merendah diri.

Sehingga kini, mereka telahpun mengetahui minat saya pada politik khususnya visi Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat. Namun mereka sambut dengan baik dan alhamdulillah mereka tidak terasa hati dengan fahaman saya.

Dengan bantuan Ayahanda dan Bonda tersayang, saya juga telah mengadakan satu jamuan ramah mesra Aidilfitri di sini dan ia telah berjaya merapatkan lagi talian silaturrahim antara penduduk. Bergilir-gilir rakan-rakan disini mengadakan rumah terbuka dan kesannya terhadap ukhuwwah kami amat bermakna.

Yang Berhormat Sdr. Shuhaimi telah sudi 'mencemar duli' menghadirkan diri dan saya amat berbesar hati dapat menyambut beliau yang merupakan rakan baik saya semasa saya diamanahkan sebagai Setiausaha Pemuda Keadilan Selangor dahulu. Ternyata, sifatnya yang rendah diri dan bekerja keras amat sesuai bagi kedudukannya kini. Tiada satupun rungutan beliau tidak turun padang dan sekiranya perlakuan baik beliau ini berterusan, maka penduduk di kawasan DUN Sri Muda ini tidak lagi mempunyai alasan mengapa perlu beralih kepada BN.

Syabas YB dan teruskan usaha anda mentadbir DUN dan Cabang Sri Muda agar 'Pembaharuan' atapun 'Renaissance' ke arah pentadbiran yang lebih terbuka dan bebas rasuah dapat memberikan keselesaan yang lebih bermakna daripada politik berteraskan kaum dan juga politik untuk mendapatkan kontrak kerajaan.

No comments: