Melihat kepada suhu ketegangan kaum yang semakin dahsyat kini. dan UMNO pula kelihatan semakin fobia dan ekstrem dengan agenda Perkasa dan ultra-Melayunya, akhirnya BN akan dipulaukan secara total oleh yang bukan Melayu dan menyebabkan kejatuhan kerajaan BN yang terbina atas sifat kow-tow kepada orang Inggeris dahulukala.
Sekaligus membenarkan teori RAHMAN daripada kumpulan mistik penyokong UMNO. Teori yang mereka gunakan untuk menafikan Anwar kini menjadi senjata terhadap mereka sendiri, kerana N untuk Najib adalah huruf terakhir; maka dacing itupun tumbang.
Kembalinya UMNO kepada perjuangan ultra-Melayu adalah kesan langsung daripada kekalahan teruknya dalam pilihanraya 2008. Keadaan yang sama memperlihatkan PAS kembali kepada perjuangan Negara Islam pada 2004 apabila Barisan Alternatif mengalami kekalahan teruk ketika itu.
Namun sentralisasi ini ada kelemahannya. Di dalam usaha memperkuatkan kembali parti maka segala persefahaman diantara sahabat politik akhirnya terbantut. Dan sokongan hasil daripada penggabungan dalam BA terhakis.
Situasi sama kini berlaku kepada UMNO. Didalam mencari penyelasaian kekalahan BN pada 2008, mereka kembali kepada perjuangan Melayu mereka tanpa mempedulikan persefahaman MCA dan MIC. Maka timbullah isu 'Hak Melayu' dan 'Kedaulatan Islam Melayu' yang menghancurkan setiakawan antara tiga sekawan yang dahulunya dilihat sebagai 'Sekukuh Gunung Tahan'.
Kini MCA dan MIC hanya berpura-pura sesama-sendiri bersahabat dengan UMNO dan UMNO pula dilihat terus menerus menyerang kaum-kaum selain Melayu didalam usahanya menawan kembali 'base-support' mereka iaitu orang Melayu.
Kini MCA dan MIC hampir lumpuh diserang ahli mereka sendiri. Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa BN sendiri yang akan menghancurkan BN, dan hakikat ini dilihat dalam percaturan terakhir BN dalam menghadapi PEMILU yang akan datang.
PR atau Pakatan Rakyat tidak lagi dilihat sebagai 'gabungan lemah' malah persepsi rakyat kini melihat mereka sebagai 'Government-in-Waiting'. Pelbagai taktik digunakan UMNO seperti rasuah sehingga tumbangnya kerajaan Perak, membuka semula kes Anwar dan menahan pimpinan mereka. Namun ini adalah gerak longlai terakhir rejim zalim yang tersalah arah, dan PR akan mengorak langkah ke Putrajaya dengan penuh bergaya.
UMNO mengatakan bahawa tujuan Anwar adalah untuk menjadi Perdana Menteri. Saya dan jutaan rakyat yang akan mengundi Pakatan Rakyat turut bersetuju dan berikrar akan melakukan apa jua untuk memastikan beliau ke sana.
Kenapa pula UMNO tidak tertanya-tanya mengapa boleh pula Rosmah 'tergila-gila'kan gelaran First Lady? sehinggakan membuat 'First Ladies Summit' di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh mereka yang turut 'tergila-gila'kan gelaran yang sama? perlu kita ingat beratus negara menolak pelawaan Rosmah itu kerana mereka tahu penyertaan mereka memberikan legitimasi kepada Rosmah dan mereka tidak mahu dipergunakan untuk tujuan politik.
Ayuh kita berlaku adil dan letakkan sesuatu pada tempatnya yang sesuai.
No comments:
Post a Comment