Friday, November 26, 2010

Pesan kepada PKR: Serap HRP, PCM, SAPP and others into Pakatan Rakyat!

Setelah membaca nukilan Raja Petra Kamaruddin (http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/36177-what-maketh-a-force) saya merasakan bahawa anjuran dan cadangan beliau untuk menyatukan partai-partai kerdil kepada konsortium Pakatan Rakyat perlu diberi perhatian serius. Sama ada kita bersetuju atau tidak, keengganan Pakatan Rakyat (keengganan yang nyata mahupun sembunyi) untuk menerima HRP dan lain-lain akan menyebabkan undi berpecah.

Pakatan Rakyat ("PR") perlu memastikan keadaan 'satu lawan satu' agar dapat dipertingkatkan peratusan sokongannya tanpa perlu risau kepada pemecahan undi. Hanya dengan kesatuan dapat kita tumbangkan gergasi korap dan rasuah yang dinamakan UMNO/BN.

PR telah melakarkan sejarah dan setelah dongeng keperkasaan UMNO/BN dilenyapkan, kita perlu kini keluar daripada kepompong fikrah 'pembangkang' dan lebih ke arah 'kerajaan'. Ternyata kita telah diberi mandat mentadbir beberapa buah negeri dan rakyat kini tidak sabar melihat bagaimana pula PR mentadbir kerajaan pusat.

Namun langkah ke Putrajaya hanya akan dapat direalisasikan sekiranya kesatuan fikrah dapat diterima oleh PR. Bukan sahaja ide tersebut bernas dari segi logika pemastian peningkatan peratusan undi, ia juga bernas dari segi keperluan dana, logistik dan bahan kempen yang lebih mampu diperolehi (disebabkan perkongsian dana daripada lebih ramai ahli) namun mengajar PR agar lebih berdiplomasi dalam mencari titik tengah antara parti komponen.

Berbeza dengan BN di mana UMNO mengelek dan melenyek terus kehendaknya tanpa mempedulikan harapan dan perasaan parti komponennya, PR boleh menerajui politik seimbang dengan mengambil kira pendirian yang berlebih kurang dan bersetuju berdasarkan Dasar Polisi Bersama (Common Policy Framework - CPF) yang dibentang oleh Datuk Zaid Ibrahim dan dipersetujui oleh PKR, DAP dan PAS.

PR boleh menerajui politik baru Malaysia dengan memperkenalkan kaedah tolak ansur yang hakiki yang telah berjaya dilaksanakan antara komponen asal PR kepada 'adik-adik' baru yang bakal bersama dalam perjuangan membela rakyat.

Tindakan pertama yang perlu dibuat ialah 'Tahalluf Siyasiy' antara PR dan Barisan Rakyat, HRP, PCM, SUPP dan golongan NGO. Tanyalah mereka hasrat mereka dan berbincanglah untuk mencari titik persamaan. InsyaAllah kemudian dapat kita rasmikan penyertaan mereka dan menyuntik semangat baru kepada semua pejuang rakyat!

Tiada satupun partai yang 100% layak untuk diterima masuk dalam PR walau disaring seketat manapun. Kita perlu sedari bahawa anggota PR itu sendiri kini tidak sehebat manapun. Namun, jika kita menerima kekuatan dan kekurangan masing-masing, dan memperjuangkan polisi dan dasar yang boleh diterima bersama, anjakan PR ini bukan sahaja dapat mengimbangi perkembangan BN yang membenarkan keahlian secara langsung, namun dapat pula mengatasi BN 'baru' tersebut sekaligus dapat memacu PR kearah melenyapkan UMNO/BN dalam Pilihanraya Umum ke-13 pada bulan Mac 2011.

Hidup Rakyat!

No comments: