Tuesday, December 14, 2010

Rosnah Puteri UMNO Menderita Buta Sebelah Mata

Sedang membaca akhbar nombor 1 Malaysia Harian Metro (Utusan tu apa haa?) dan membelek-belek mukasurat-mukasurat biasa berkenaan pembuangan bayi yang dilenyek kereta, anak gadis hancur badan digilis treler dan iklan Dr. Jism Al-Jabbar yang bermuka-mukasurat tiba-tiba ternampak spesis ganjil yang menggelarkan dirinya sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang diberi nama Rosnah ntahapehapentah.

Ujar beliau berdasarkan pendedahan Wikileaks Anwar memang meliwat. Seterusnya beliau mengatakan bahawa Anwar seharusnya sedar bahawa sandiwaranya akan memerangkap dirinya sendiri.

Kemungkinan Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang sekor ni tak berapa cerdik, ataupun beliau sedang sedap mengorek hidung di pejabatnya yang empuk tiba-tiba ditelefon wartawan tentang Wikileaks nih. Apa-apapun mungkin inilah yang dibicarakan oleh beliau dan Rosnah tersebut:

(Reporter): Alloooowww? Kak Nah ke tu?
(Rosnah): Hnsh! Hnsh! mmmmmm! ye saya! nak bagi saya apa?
(Reporter): Mintak tolong komen pasal pendedahan terbaru oleh Wikileaks boleh?
(Rosnah): Maaf, saya tak berapa suka dengar lagu Hip Hop.
(Reporter): Bukan! pendedahan berkenaan Anwar dipercayai memang meliwat.
(Rosnah): Saya rasa pendedahan itu benar. Sebab saya juga seekor lawyer, saya rasa semua maklumat Wikileaks itu benar dengan darjah kedahsyatan yang terlaluuuulah amat sangat. Benar dia tu lagi benar daripada kenyataan Tengku Adnan Mansor yang Pemuda dan Puteri UMNO hanya pandai mintak kontrak.
(Reporter): Kenyataan ni diambil daripada akhbar Australia.
(Rosnah): Maka SAHlah berita itu! saya pun bersyukur ke hadrat Najib dan suami dia si Rosmah bahawa akhirnya KEBENARAN terserlah. isk.isk...
(Reporter): Kak Na nangis ke? payah nak tulis tu. Ambik gambar je boleh?
(Rosnah): Tak payahlah. Nanti jatuh pulak eye-shadow aku ni.
(Reporter): Jadik yang akak cakap tadi tu kira percayalaa Wikileaks tu?
(Rosnah): PERCAYA!
(Reporter): Tapi laporan tu cakap jugak yang Kerajaan Malaysia tak guna dan lemah dalam urusan dengan Singapura?
(Rosnah): ...

No comments: