Saturday, February 5, 2011

FENOMENA BUKU JINGGA

Setelah mendengar 'debat agung' antara wakil PR Sdr. Rafizi Ramli, P. Kamalanathan (yang dibenarkan hadir, memberi hadiah dan berucap di masjid di Hulu Selangor tanpa dipedulikan oleh JAIS) dan akhir sekali Datuk Mahani Zainal Abidin pengarah ISIS.


Hadirnya wakil ISIS dan "Ustaz Kamal" sememangnya dijangka untuk memastikan siaran tersebut dapat disiarkan. Tindakan ini sememangnya memperakui bahawa perlu dua wakil simpatis UMNO/BN untuk menepis atau menjawab SATU wakil PR. 


Secara peribadi saya mahu bertanyakan kepada Kamalanathan sama ada beliau menghormati Sultan Selangor? kerana tindakannya menghadirkan diri ke Masjid ketika PRK Hulu Selangor sememangnya tindakan menghina Sultan (seperti yang ditakrifkan UMNO sendiri yang mengatakan kafir itu najis dan tidak boleh masuk masjid). Belum lagi tindakan penyokong UMNO yang sampai 'bersolat hajat' untuk kemenangan Kamalanathan disana. Jelas Islam UMNO ini pelik!

Berbalik kepada siaran tersebut secara amnya diskusi tersebut berkisar kepada janji PR kepada Rakyat setelah 100 hari berkuasa setelah mengambil-alih pentadbiran negara; dan tugas Ustaz Kamal dan Datuk Mahani ialah untuk mencari kelemahannya dan menidakkannya.


Ketua Penerangan MIC ini ada bertanyakan satu soalan iaitu apakah janji PR pada 2008 itu telah dilaksanakan atau tidak? jawapannya sudah tentu tidak. Terdapat lagi janji-janji PR yang tidak dapat dilaksanakan seperti menghapuskan rasuah, membersihkan imej dan kredibiliti Polis, mengembalikan kebebasan badan kehakiman, menyiasat perasuah, menghentikan pengkayaan kroni dan lain-lain.


Bagi pihak PR, saya memohon maaf kepada rakyat seluruhnya.


Bahkan niat ikhlas Kerajaan Negeri Selangor untuk memberikan air percuma dan pengurangan kos utiliti tidak berjaya sepenuhnya memandangkan tindakan Kementerian Pusat dan Syabas yang merasakan Rakyat tidak sepatutnya memiliki kesenangan hidup.


Buku Jingga tersebut tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk menunjukkan bahawa tujuan kerajaan adalah untuk memudahkan Rakyat, untuk memastikan Rakyat berkemampuan untuk berkongsi kekayaan negara, untuk membenarkan hasil mahsul negara berlegar dikalangan Rakyat terbanyak, dan bukannya dikalangan kroni dan saudara-mara.


Sebagai seorang peguam yang biasa dalam ilmu perundangan kontrak, Ustaz Kamal dan Datuk Mahani gagal menjawab soalan tersirat yang sangat kritikal, mengapakah kerajaan membenarkan subsidi gas yang banyak kepada syarikat komersial dan enggan memberikan subsidi minyak kepada Rakyat? mengapa pula apabila mahu dikirakan kos subsidi minyak, kerajaan tidak mahu mengambil peduli perit jerih Rakyat? dan apa pula respon mereka berdua apabila PR tidak bersetuju dengan subsidi gas kepada syarikat korporat atas dasar ihsan kepada Rakyat yang menanggung kenaikan harga keperluan saban hari?

Ternyata jawapan Datuk Mahani tidak memuaskan. Ujar beliau, tindakan itu perlu untuk membuka peluang pekerjaan. Namun beliau tidak pula mahu menceritakan peratusan Rakyat yang tiada kerja, mahasiswa yang berpendidikan namun tiada kerja dan tindakan syarikat korporat yang memberikan gaji rendah disebabkan ketiadaan Akta Gaji Minima.


Kesimpulannya, BN dan UMNO lebih berminat menjaga kepentingan syarikat korporat daripada menjaga Rakyat. Dari segi logik mereka mungkin bertindak sedemikian kerana mendapat habuan harta, hartanah dan wang ringgit, dan mungkin juga kerusi empuk sebagai Pengerusi dan Pengarah syarikat-syarikat berkenaan;


Apalah yang  boleh mereka kecapi sekiranya mereka membantu Rakyat? Tiada apa-apa! Bagi mereka sekiranya mereka berkuasa maksudnya rakyat memilih mereka, dan Rakyat jugalah yang bersetuju tindakan mereka merampok harta dan wang ringgit Rakyat, termasuk untuk tindakan membeli kereta-kereta mewah, rumah besar, bini besar dan percutian ke Disneyland.


Sekiranya RM19 bilion dapat diperolehi oleh kerajaan sekiranya subsidi gas terhadap syarikat dihapuskan, maka jumlah tersebut dapat menampung subsudi minyak petrol kepada Rakyat dan Rakyat pula dapat menikmati kesenangan hasil daripada negara yang masih lagi sehingga kini menjadi 'net exporter' minyak mentah.


IQ P. Kamalanathan masih tidak sampai ke peringkat tersebut, mungkin disebabkan 
'pre-programming' yang beliau terima sebelum diskusi tersebut. Beliau masih lagi tidak dapat memahami konsep 'Ketuanan Rakyat' daripada 'Ketuanan UMNO'.


Mungkin kerana beliau sendiri yang mahukan kerusi empuk disalah satu syarikat IPP? tepuklah dada dan tanyalah selera!

No comments: