Monday, February 7, 2011

Pajudin Nordin Agen UMNO-APCO

Trojan Horse Sabah: Pajudin Nordin
Walau apa jua sekalipun yang mahu diperkatakan tentang PKR Sabah, hujah sehebat manapun, tidak dapat menafikan kenyataan bahawa Pajudin Nordin adalah agen UMNO didalam PKR dan buktinya terserlah apabila beliau terpaksa meletak jawatan dalam keadaan Presiden PKR dalam perjalanan untuk bertemu dengan beliau.

Penyokong fraksi dan kabilah PKR di Sabah (yang sememangnya tidak mahu bersatu) kini sepatutnya menadah tangan syukur kerana walau beberapa bulan sahaja dapat kita lihat wajah sebenarnya 'katak warak' yang terkini. Tajudin menyedari nilai dirinya yang mendapat perhatian sedikit dek perlantikannya sebagai Ketua Perhubungan Negeri terus tanpa membuang masa mengisytiharkan dirinya memasuki UMNO.

Hakikatnya ialah Pajudin tidak dikesan 'radar' UMNO kerana kedudukannya sebagai Timbalan Ketua Cabang 'tak cukup kuat' sekiranya beliau memasuki UMNO pada ketika itu. Hanya ketika beliau memegang jawatan Ketua Perhubungan tersebut barulah ada gah sedikit lalu diisytihar olehnya keluar dengan mendapat habuan yang tinggi sedikit daripada sekiranya beliau masih 'nobody' dalam PKR Sabah.
Nasib baik belang beliau ditunjukkan dan walau dinafikan oleh penyokong PKR Sabah, kebijaksanaan keputusan untuk menggantikan beliau membuktikan bahawa orang semenanjung tidaklah sebodoh itu untuk melantik agen UMNO sebagai Ketua PKR Sabah.

Hatta gelaran 'ustaz' yang beliau labelkan dirinya sendiri kini berhadapan dengan beberapa soalan kritikal, iaitu:

1. Apakah segala rasuah UMNO kini beliau halalkan dan nobatkan sebagai 'komisen'?
2. Apakah selama ini Anwar dibela dan dinafikan meliwat, kini akibat 'kecewa kerana tidak dibela pimpinan pusat' Anwar kini meliwat pula?
3. Apakah haram semua tindakannya sebelum ini didalam PKR hanya disebabkan kecewa merebut jawatan tersebut?

Al Mu'allim Ustaz Pajudin dipersilakan menjawab. Ini adalah kerana sekiranya beliau pejuang yang tulen dan berprinsip, beliau sebolehnya dan seharusnya, meletakkan jawatan dalam PKR tanpa memasuki parti yang dahulunya beliau laknat.

Nasib Baik!

No comments: