Showing posts with label rozan. Show all posts
Showing posts with label rozan. Show all posts

Thursday, August 28, 2008

Press Statement from Sdr. Rozan Azen Mat Rasip, AMK Head for PKR Batu Branch

Alhamdulillah, kemenangan yang hak berada di pihak yang benar. Banyak lagi kebenaran dan kemenangan rakyat yang sabar menunggu setelah sekian lama diuji kerana dibohongi, akan muncul dalam tempoh beberapa hari dan minggu yang akan datang, tarik kemuncak 16 September 2008.

Banyak manis dari yang pahit bibawa dari Permatang Pauh. Banyak detik seronok dan lucu, yang paling seronok ketika mendengar Ketua Menteri Lim Guan Eng sebut dan nasihat rakyat mengamalkan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' ketika bekerjasama dengan penduduk / pengundi di sana.

Saya bertugas dan memantau di DUN Penanti (Kubang Ulu dan Mengkuas). Permatang Pauh, adik-adik gengsi motor dan perayu undi diambil semua jadi adik angkat. Semua ini boleh dihayati dalam VCD, akhbar dan buku politik Pakatan Rakyat.

(Suara KeADILan terbaru keluar hari ini, 28 Ogos 2008, siapa nak beli tempah dengan saya)

Terima kasih atas doa dan ucapan serta SMS tahniah serta semangat ingin tahu sepanjang kempen (sampai habis kredit dan bateri beberapa kali dalam sehari untuk anda semua.
Sekian, KOMITED - TULUS - PERKASA

Sdr. Rozan Azen Mat Rasip
Ketua Angkatan Muda KeADILan
Parti KeADILan Rakyat, Bahagian Batu

Wednesday, June 11, 2008

Demo terbesar bantah harga minyak

Pemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan perarakan besar-besaran sejauh hampir dua kilometer Jumaat bagi membantah kenaikan mendadak harga minyak. Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama Pemuda PAS dan DAP akan bergerak dari masjid Kampung Baru ke Suria KLCC selepas solat 13 Jun ini.

Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak Rabu lalu.

Dalam kenyataannya hari ini, AMK menggesa semua ahli Pemuda Pakatan dari seluruh negara menghadirinya.Sejak minggu, beberapa demonstrasi kecil diadakan di beberapa lokasi seluruh negara, antaranya di Kuching, Ipoh, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Setiausaha AMK Zulfikar Ali Ariffin menganggarkan kira-kira 3,000 orang akan hadir Jumaat ini bersama ketua-ketua pergerakan Pemuda Pakatan, Salahuddin Ayub dan Shamsul Iskandar Mohd Akin. Belum dapat dipastikan ketua Pemuda DAP Nga Kor Ming akan menyertai, bagaimanapun wakil Pemuda parti dipercayai turut serta.Menurut Zulfikar, AMK juga meminta setiap negeri agar menghantar wakil bagi menyertai perhimpunan itu nanti.

Pergerakan itu akan bermesyuarat malam ini bersama-sama wakil Pemuda PAS dan DAP berhubung penganjuran demonstrasi tersebut, tambahnya.

Mereka juga akan membincangkan bagaimana untuk memobilasi rakyat dan penyokong yang turut serta dalam perhimpunan besar-besaran pada 12 Julai nanti yang dianjurkan oleh Gabungan Anti Inflasi (Protes). "13 Jun adalah titik tolak untuk rakyat turun sama-sama pada 12 Julai nanti," kata Zulfikar.

Beliau berkata AMK meminta kerjasama polis dan memberi jaminan perarakan itu akan berlangsung secara aman.Penyelaras Protes Dr Mohd Hatta Ramli, yang juga bendahari PAS, berkata gabungan itu akan mengumpul jumlah peserta demonstrasi yang lebih besar daripada anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) November lepas.Kira-kira 40,000 menyertai perhimpunan tahun lalu bagi menuntut empat perkara ke arah pilihanraya bebas, termasuk penggunaan dakwat kekal dan pemansuhan undi pos.Sementara itu, AMK Wilayah Persekutuan akan meneruskan demonstrasi itu pada jam 5 petang Jumaat di masjid jamek Jalan Tun Perak.

Pergerakan itu telah memutuskan program bantahan dalam mesyuaratnya malam tadi, kata naib ketua AMK Wilayah, Rozan Azen Mat Rasip. Keputusan ini akan dibentangkan dalam mesyuarat pusat AMK malam ini, tambahnya.

(Ihsan MalaysiaKini)