Showing posts with label Khalid. Show all posts
Showing posts with label Khalid. Show all posts

Thursday, January 8, 2009

Isu Terminal Bas Klang / The Klang Bus Stand Issue

Shah Alam – Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah mendapat taklimat lanjut dari Majlis Perbandaran Klang (MPK) tentang sejarah pembinaan Terminal Bas Klang Sentral serta segala perjanjian yang terlibat dan juga masalah yang di utarakan oleh peniaga dan pengusaha pengangkutan.
Isu pemindahan operasi pengangkutan awam dari Bandar Klang ke Terminal Bas Klang Sentral telah banyak mengundang bantahan dan kenyataan pelbagai pihak. Sebelum ini pihak Kerajaan Negeri telah pun mengarahkan pihak MPK untuk menyelesaikan masalah yang timbul, namun masih ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Setelah mendengar taklimat tersebut, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk mengadakan satu perbincangan yang terbuka di antara semua yang terlibat dalam hal ini pada mesyuarat MTES Jumaat (09 Jan 2009) ini. Antara mereka yang akan hadir adalah wakil peniaga dan pengusaha pengangkutan awam, Ahli Parlimen dan Adun di kawasan yang terlibat, Ahli Jawatankuasa Khas Pemindahan MPK, pemaju Terminal Bas Klang Sentral NPO Development Sdn Bhd dan Nadi Corp Sdn Bhd iaitu operator yang telah dilantik oleh pemaju.
Kerajaan Negeri juga berharap semua pihak akan bersabar sehinggalah perbincangan berkaitan isu ini diperjelaskan
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR.

Wednesday, April 16, 2008

UMNO Membabi Buta

Pada suatu masa, dikala BN berkuasa, pembangkang dilabel 'sekadar membangkang sahaja'. Tiada hujah mahupun bukti yang nyata. Yang pasti hanya satu - hanya BN yang benar belaka.

Kini apabila pekung dibuka didada oleh yang berbotox di pipi dan telinga, maka tergelak-tawalah rakyat jelata melihat ADUN Tanjung Sepat dan Wak Ketua Kampung bersenda-loka. Ditariklah semula segala kata-kata, dan ditelanlah kembali segala air liur ludah yang ada.

Maka dacing biru itupun tumbang. Haru-biru dari cawangan UMNO Sabak sampai ke Ampang. Dari bapak mertua dan menantu, dari ahli parlimen hingga ke pengundi hantu. UMNO goyah matinya hanya tunggu waktu.

MCA marah, mata menyala merah! HOI UMNO! ENGKAU TELAH SALAH! ENGKAU TELAH SALAH! kami telah siapkan laporan seperti yang diarah. Kami kini sedar, kami ditipu! kami ditipu! oleh kamu yang sebabnya kami kalah!

Maka Pakatan mengorak langkah, bersatu atas maslahat umat. Barisan melihat penuh hairan. Bagaimana PAS, DAP, PKR dilayan. Sama sepakat, sama muafakat. Taat pada Raja, patuh pada undang-undang negara, kalau tidak habis Kampung Baru ibarat neraka!

Maka rakyatpun faham kesnya begitu. Mengapa kami begitu bodoh dahulu? kini kami sedar, bangkit dan menjerit! Ketuanan Melayu kami tertipu - KETUANAN RAKYAT kami sepakat, membawa negara ke tahap yang hebat.

Kami sandarkan harapan kepadamu pemimpin, sediakanlah kami kepada segala dugaan yang ada. Bukan sekadar merebut kerusi, mempertahankan jawatan kami tidak peduli! Ayuh kita semarakkan, kita genggam erat-erat, hunuskan semangatmu, lontarkan ke udara! SUARA KERAMAT SUARA RAKYAT - REFORMASI!