Showing posts with label babi. Show all posts
Showing posts with label babi. Show all posts

Sunday, August 23, 2009

Rais Yatim Hina Serban

Hairan bin ajaib orang tua yang bergelar 'Doktor ISA' ini. Dalam kekagetan beliau untuk mempertahankan kempen BN yang semakin hancur lebur di Permatang Pasir, beliau menggunakan isu fitnah syurga dan neraka untuk menyerang asakan Pakatan Rakyat.

Sebabnya semua sedia maklum. Sekiranya UMNO kalah di pilihanraya kecil ini, maka kekalahan tipis UMNO di Manek Urai tidak akan membawa apa-apa makna.

Ungkapan yang dilaporkan oleh Malaysiakini menyatakan bahawa beliau mempersilakan TG Nik Aziz untuk menggunakan Mahkamah 'sepanjang-panjang serbannya' memperlihatkan kesombongan seorang ahli politik yang tidak sayangkan pakaian Islam. Mungkin baginya topi Semangat 46 berwarna merah lebih menarik dan lebih islamik, siap dengan rokok dibibir melengkapkan edisi Islamik Rais Yatim.

Saya terkejut kerana beliaulah manusia terakhir yang akan saya panggil untuk memberikan ucapan berkenaan integriti manusia. Beliau yang mendapat PhD (Permanent Head Damage) berdasarkan thesis 'menghentam ISA' sepatutnya ditarik balik gelaran itu dan diberikan gelaran lain, seperti STD ataupun Barua Ameno Buta Islam (B.A.B.I.) lebih sesuai.

Withdraw your PhD, if you have any principle that is.

http://puterabatu.blogspot.com

Wednesday, April 16, 2008

UMNO Membabi Buta

Pada suatu masa, dikala BN berkuasa, pembangkang dilabel 'sekadar membangkang sahaja'. Tiada hujah mahupun bukti yang nyata. Yang pasti hanya satu - hanya BN yang benar belaka.

Kini apabila pekung dibuka didada oleh yang berbotox di pipi dan telinga, maka tergelak-tawalah rakyat jelata melihat ADUN Tanjung Sepat dan Wak Ketua Kampung bersenda-loka. Ditariklah semula segala kata-kata, dan ditelanlah kembali segala air liur ludah yang ada.

Maka dacing biru itupun tumbang. Haru-biru dari cawangan UMNO Sabak sampai ke Ampang. Dari bapak mertua dan menantu, dari ahli parlimen hingga ke pengundi hantu. UMNO goyah matinya hanya tunggu waktu.

MCA marah, mata menyala merah! HOI UMNO! ENGKAU TELAH SALAH! ENGKAU TELAH SALAH! kami telah siapkan laporan seperti yang diarah. Kami kini sedar, kami ditipu! kami ditipu! oleh kamu yang sebabnya kami kalah!

Maka Pakatan mengorak langkah, bersatu atas maslahat umat. Barisan melihat penuh hairan. Bagaimana PAS, DAP, PKR dilayan. Sama sepakat, sama muafakat. Taat pada Raja, patuh pada undang-undang negara, kalau tidak habis Kampung Baru ibarat neraka!

Maka rakyatpun faham kesnya begitu. Mengapa kami begitu bodoh dahulu? kini kami sedar, bangkit dan menjerit! Ketuanan Melayu kami tertipu - KETUANAN RAKYAT kami sepakat, membawa negara ke tahap yang hebat.

Kami sandarkan harapan kepadamu pemimpin, sediakanlah kami kepada segala dugaan yang ada. Bukan sekadar merebut kerusi, mempertahankan jawatan kami tidak peduli! Ayuh kita semarakkan, kita genggam erat-erat, hunuskan semangatmu, lontarkan ke udara! SUARA KERAMAT SUARA RAKYAT - REFORMASI!