Showing posts with label Permatang Pasir. Show all posts
Showing posts with label Permatang Pasir. Show all posts

Sunday, August 23, 2009

Rais Yatim Hina Serban

Hairan bin ajaib orang tua yang bergelar 'Doktor ISA' ini. Dalam kekagetan beliau untuk mempertahankan kempen BN yang semakin hancur lebur di Permatang Pasir, beliau menggunakan isu fitnah syurga dan neraka untuk menyerang asakan Pakatan Rakyat.

Sebabnya semua sedia maklum. Sekiranya UMNO kalah di pilihanraya kecil ini, maka kekalahan tipis UMNO di Manek Urai tidak akan membawa apa-apa makna.

Ungkapan yang dilaporkan oleh Malaysiakini menyatakan bahawa beliau mempersilakan TG Nik Aziz untuk menggunakan Mahkamah 'sepanjang-panjang serbannya' memperlihatkan kesombongan seorang ahli politik yang tidak sayangkan pakaian Islam. Mungkin baginya topi Semangat 46 berwarna merah lebih menarik dan lebih islamik, siap dengan rokok dibibir melengkapkan edisi Islamik Rais Yatim.

Saya terkejut kerana beliaulah manusia terakhir yang akan saya panggil untuk memberikan ucapan berkenaan integriti manusia. Beliau yang mendapat PhD (Permanent Head Damage) berdasarkan thesis 'menghentam ISA' sepatutnya ditarik balik gelaran itu dan diberikan gelaran lain, seperti STD ataupun Barua Ameno Buta Islam (B.A.B.I.) lebih sesuai.

Withdraw your PhD, if you have any principle that is.

http://puterabatu.blogspot.com

Exercise in Futility: Lunas Rep's Overdue Exodus

I am happy to hear that the Kedah State EXCO for Tourism and Lunas State Assemblyperson Mohd Radzhi Salleh has finally picked a date to announce his retirement.

I am happy because this news has confirmed all reports that UMNO and BN are desperate over the character-suicide that has befallen the Permatang Pasir candidate for BN.

Rumours are rife that UMNO and BN wanted to wait a little longer in the hope that Radzhi could entice other would-be defectors to claim independence and then cross-over to BN.

Muhyiddin Yassin, the self-proclaimed 'Malay Hero' has reportedly ran amok when Rohaizat Othman's father in law challenged him to acknowledge his status as a 'man with two wives' or face legal action.

He then instructed the premature cross-over in the hope that BN may salvage whatever miniscule hopes they have left of taking over Permatang Pasir.

I am also very, very happy over the manner UMNO and BN has utilised the racial overtones to hang drearily over this by-election. I hope that UMNO will continue to play the Malay Supremacy card and lose votes from the Chinese and Indian voters.

The 1Malaysia tactic - where Najib as the PM will press on 'racial solidarity' whilst his deputy barks on about the rights of the Malays being surpressed - will lead to a disaster. In trying to appease Malaysian's growing discontent about the Premier's honesty in forging unity among all Malaysians, this Malay superiority trick will certainly spell the end for BN.

As for Radzhi, thank you for your exit. I have one concern that I wish to share with you, why are you such a bloody coward? why do you elect to be an independent? please try not to shame your family's name and just declare yourself an UMNO rep. It is simple and does not make you look like a complete bastard.

http://puterabatu.blogspot.com

Thursday, August 20, 2009

Penggunaan Aset TUDM Untuk Program UMNO. Padan Muka Rakyat!

MEMANG PADAN MUKA RAKYAT MALAYSIA! Dahlaa kita kena buli dengan Singapura pasal tanah, air dan Pulau Batu Putih (win-win situation kata Rais Yatim), kini seorang TPM tanpa segan silu mengaku menggunakan helikopter TUDM untuk ke program merasmikan mesyuarat UMNO.

Semakin lama semakin parah rakyat Malaysia. Semakin lama semakin besar kepala UMNO dan pimpinan depa. "Yelah, sebab rakyat dah undi kita selama 52 tahun untuk memerintah negara, kalau BN menang lama tu, maksudnya rakyat setujulah cara kita songlap duit rakyat, guna reta TUDM macam reta MAK BAPAK kita. Kalau rakyat tak setuju, kenapa dia undi BN kan? suruhlah dia undi lain".

Macam kes MP Bintulu Tiong King Sing, tanpa segan silu menyebut dalam laporan Malaysiakini yang saya baca semalam pada 19/08/2009; beliau menyatakan bahawa kos PKFZ yang melampau itu (lebih RM1 Billion dituntut - bukan 1 Malaysia!!) sepatutnya disembunyikan oleh Ong Tee Keat dan diserapkan dalam 'milestone payment' agar tidak dilihat sebagai 'Variation Order Request', dan rasuah lebih daripada RM10 juta yang diberikan kepada Presiden MCA and RM1 Juta yang diberikan kepada Chew Mei Fun. Perkara ini diselindungkan dan hanya apabila pimpinan Pakatan Rakyat membongkarkannya dan menyebabkan Presiden MCA itu menggelabah dan mula 'tikam rakan sekatil', barulah semuanya terbolah.

Rasuah dalam MCA dan BN nampaknya terlalu parah. Ini belum lagi pendedahan yang bakal dibuat oleh Setiausaha Agung Parti SPDP itu terhadap rasuah kepada pimpinan UMNO. lagi gempar! Harap-harap pendedahan ini boleh dibuat sementara kempen di DUN Permatang Pasir, mahu lingkup UMNO 4 kaki naik ke atas!

Seolah-olah rasuah ini sesuatu yang mudah dan halal. Kes mendiang Teoh Beng Hock telah membuka lembaran baru pula dimana nyawa sudah tidak bernilai. Ini belum lagi dikira kes 'kematian mengejut' yang berlaku dalam tahanan polis!

Tapi semuanya ini adalah berkat sokongan dan dorongan rakyat yang mengundi UMNO, MCA dan BN selama 52 tahun ini. Tahniah! anda telah berjaya menjadikan negara ini kepunyaan BN! nanti kalau kita marah sama pimpinan BN sambil berkata 'Kau ingat ni negara BAPAK kau ke?!!' mereka pasti menjawab, 'yaaaaa! betul! ini sememangnya negara BAPAK saya!!'

http://puterabatu.blogspot.com

Muhyiddin Tunduk Kepada Lee Kuan Yew?

Berdasarkan laporan Malaysiakini bertarikh 20/08/09, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (yang sebelah tu...) mengatakan bahawa Lee Kuan Yew sanggup 'mengisytiharkan perang' terhadap Malaysia sekiranya tuntutan Singapura untuk bekalan air yang terjamin tidak diberikan oleh Malaysia.

Laporan itu juga menyatakan bahawa 'Malaysia tidak dapat menjamin bekalan disebabkan kos yang terlalu tinggi' dan 'Malaysia tidak mampu untuk membayar kosnya'.

Sekiranya saya Perdana Menteri Malaysia, ataupun Menteri Besar Johor pada ketika itu, dan apabila diacukan ugutan seperti demikian, saya tidak akan berkompromi. Saya tidak akan menjawab 'Alaaaa Lee Kuan Yew, janganlaa serang kami, kami tak ada duit nak perbaiki prasarana pemprosesan air Sungai Linggi'. Saya akan menjawab, 'KALAU KAMU BERANI MARILAH!' atau dalam pelat Inggerisnya 'BRING IT ON!!'

Tapi masalahnya orang-orang yang berjiwa pendekar (seperti saya dan member-member seperjuangan saya... ahem, ahem) tidak pula mendapat tempat menjadi PM atau MB. Yang diberi peluang menjawat pula adalah daripada golongan pengecut dan 'kecut teloq' yang berani bantai rakyat sendiri tetapi segan, malu, takut dan gentar apabila berhadapan dengan pemimpin luar.

Ini adalah sindrom klasik UMNO. Berani menyatakan Amerika Syarikat agen Yahudi di Malaysia, tetapi tidak berani apabila bersemuka. Berbeza dengan Anwar, walaupun beliau bersahabat baik dengan pimpinan AS hatta Cohen dan Wolfowitz, DSAI berani menegur dan menyatakan beliau tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di Palestin. Walaupun pendirian beliau bercanggah dengan kepentingan politik AS, AS masih menganggap DSAI sahabat karib mereka dan DSAI dihormati bukan kerana DSAI takut kepada mereka, tetapi dihormati kerana berpendirian teguh.

TPM kita boleh belajar sedikit daripada Anwar tentang jatidiri seorang rakyat Malaysia. Tidak takut akan ugutan atau paksaan. Bukan jadi hero julangan media massa tetapi pembela negara ketika kedaulatan kita dicabar.

Teguran persis ini sekiranya berlaku di Malaysia boleh dianggap 'celupar' oleh UMNO. Bagi UMNO pimpinan mereka betul semuanya, maksum daripada kesilapan. Akibatnya mereka merewang dalam dunia fana mereka sendiri, dan pada Pilihanraya Umum nanti, mereka akan terkedu melihat betapa marahnya rakyat kepada mereka yang penakut, fasik dan zalim.

http://puterabatu.blogspot.com/