Wednesday, August 27, 2008

Rakyat kepada DSAI: Sekalung Tahniah

Salam Reformasi, Mengikut lapuran SPR, di kawasan P44 Parlimen Permatang Pauh, peratusan mereka yang keluar mengundi adalah lebih kurang 63% sahaja. Pelbagai faktor dan analisis telah dibuat.

Di samping itu, kemenangan DSAI yang mempunyai majoriti melebihi 15000 undi telah memecah rekod isteri beliau sendiri pada Pilihan Raya Umum March 2008 yang lalu. Berdasarkan kedua-dua fakta di atas, dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa sebenarnya, bukan sahaja sokongan terhadap DSAI telah bertambah dengan bertambahnya majoriti kemenangan beliau, tetapi ia juga menunjukkan bahawa jumlah penyokong BN yang keluar mengundi juga merosot, di samping merosotnya sokongan rakyat terhadap BN.

Fakta ini tidak boleh disangkal oleh mana-mana penganalisis politik kerana walaupun DSAI telah dihentam dengan teruk di media-media massa setiap hari dan hampir setiap masa sepanjang minggu berkempen samada di TV, radio, surat khabar dan lain-lain, beserta dengan "bantuan" jentera-jentera kerajaan yang lain seperti SPR, dan Polis, namun, dengan izin Allah, DSAI berjaya memperolehi kemenangan yang lebih besar lagi.

Allahuakbar, Wassalam.
ZaiNizar
Penduduk Bandar Tun Razak
Pengundi Parlimen Titiwangsa

No comments: