Saturday, September 6, 2008

Berpeganglah dengan Tali Allah

Dari perspektif Islam, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam yang bersandarkan Al-Qur'an dan Sunnah dalam perihal sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari laknatullah.

Rasulullah SAW telah bersabda, "Telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara yang selama kamu berpegang kepadanya kamu tidak akan sesat selamanya, Al-Qur'an dan Sunnahku"

Bersumpah dengan memegang Al-Qur'an dengan tangan kiri bukanlah cara mengikut Syari'ah. Mushaf yang dipegangnya itupun tidak wujud semasa hayat Rasulullah SAW.

Telah jelas dan nyata bahawa DSAI akan dengan mudah menangkis isu sumpah laknat Mohd Saiful sekiranya beliau bersumpah menafikannya. Walaupun ramai yang mahukan beliau bersumpah, dan ramai pula yang mendesak, tetapi pegangan DSAI kepada Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW begitu kukuh, beliau lebih rela mendiamkan diri dan membenarkan UMNO terus menerus menggunapakai isu tersebut.

Tetapi Allah SWT tidak lupakan hambanya yang tegas mempertahankan ajarannya. Terbitlah hamba Allah SWT yang bernama Ramlang Porigi lantas menghancurkan fitnah dayus UMNO dan BN. Apabila beliau berucap hari tersebut, saya yakin inilah dia janji Allah SWT bahawa Dia akan melindungi hambanya yang soleh.

Sepanjang Era Reformasi sehingga kini, terlalu banyak tanda-tanda kebesaran Allah SWT membidas fitnah ke atas keluarga DSAI. Kes usung tilam dibalas Allah SWT dengan tertangkapnya Azizan Abu Bakar disebabkan khalwat, dan diusung pula tilam pada kesnya itu. Rahim Noor, dipenjarakan atas tumbukannya terhadap DSAI, dan Hakim Mokhtar Abdulah dan Khalid Jafri mati dalam keadaan amat memalukan.

Cukuplah tanda-tanda untuk memberi amaran kepada UMNO dan BN, cuma apakah mereka bersedia bertaubat daripada melakukan fitnah dan memohon ampun daripada DSAI dan kembali kepada pangkal jalan.

No comments: