Friday, February 20, 2009

Kalau saya MB Selangor

Kalau saya MB Selangor, saya akan menggalakkan rakyat saya dan mereka yang saya kenal untuk sama-sama mencari cara untuk meringankan beban rakyat yang susah dengan memberi sedekah bukan setakat daging lembu korban, tetapi juga wang ringgit, rumah kediaman dan bantuan biasiswa.

Kalau saya MB Selangor, saya akan mencari lagi orang-orang yang lebih susah, untuk saya berikan sumbangan peribadi saya, sama ada beras, tepung, air kordial, gula, minyak masak dan lain-lain yang saya mampu beli.

Kalau saya MB Selangor, saya akan turun menemui rakyat bukan sahaja dengan kenderaan rasmi kerajaan negeri, tetapi juga dengan kenderaan peribadi. Saya akan gunakan masa luang selepas kerja untuk terus memastikan saya dapat jumpa dengan orang yang lebih susah daripada saya dan saya akan tentukan jenis bantuan yang saya boleh berikan, sama ada banyak atau kurang.

Kalau saya MB Selangor, saya akan pastikan anak-anak syarikat kerajaan negeri membuat perjanjian yang bukan berat sebelah kepada syarikat swasta atau pengelola, tetapi saya akan memastikan bahawa kerajaan menanggung sebahagian besar daripada kesan beban pengswastaan ini dan sekiranya mampu, saya akan mencari cara untuk mengambil-alih pentadbiran projek-projek kerajaan negeri yang dirasakan membebankan rakyat.

Kalau saya MB Selangor, saya akan mengarahkan (bukan menggalakkan) setiap anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk melakukan program-program CSR (Corporate Social Responsibility) dan mewajibkan 10% daripada Capex untuk program tersebut yang wajib disertai golongan miskin, anak yatim dan yang kurang upaya.

Juga,

Kalau saya MB Selangor, saya akan teguh dan tegas berpendirian utuh untuk menegakkan falsafah pentadbiran saya diatas dan saya tidak akan berganjak untuk melakukan yang sebaliknya. Masa untuk yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana sudah tamat tempoh luputnya, kini masa untuk rakyat menikmati kemewahan negeri Selangor, bukannya hidup dalam derita.

Syabas Tan Sri Khalid Ibrahim!

2 comments:

anfield devotee said...

Alamak, now you've added that HUGE everton logo on yer blogsite, lagi sakit mata . . .

No suprise that the MACC has found "evidence" that Khalid miused state funds to buy 46 cows.

It seems that the previous administrration can get away with murder. Oh wait, they did . . .

Amir Hamzah said...

No matter what happens, all these ludicrous accusations will continue until PR becomes the Federal Government. So that means we have to wither the storm, persevere and hope for the best.