Saturday, February 28, 2009

Zambry: Menteri Besar Paling Penakut dalam Sejarah!

Tak perlulah kita mencari alasa lagi. Zambry penakut dan Najib penakut, Zambry takut nak ambil alih kuasa secara mutlak melalui pilihanraya semula negeri Perak dan Najib takut nak hadapi perhimpunan agung UMNO tanpa dapat menunjukkan satu pun hasil positif apabila dia ditindik hidungnya untuk menerajui UMNO nanti.

Sifat Zambry yang sememangnya 'Menteri Besar Eksiden' dapat dilihat dalam tindakan dia melantik Chang Ko Youn, Timbalan Pengerusi Parti Gerakan yang merupakan sebuah parti pelbagai kaum; daripada melantik wakil ADUN tunggal Cina daripada BN Dr. Mah Hang Soon untuk jawatan tersebut.

Sifat penakut Najib dan BN dapat dihidu apabila cadangan DAP untuk mempertaruhkan YAB Dato' Seri Nizar untuk mencabar Zambry diketepikan dengan alasan 'ingin mencadangkan anak tempatan'. Isu utamanya ialah Najib mengetahui bahawa jika BN bertanding sekarang dengan melihatkan mood dan selera pengundi yang pro-Pakatan Rakyat, Najib akan pening sepertimana perasaan Razak Baginda apabila dituduh merancang untuk membunuh.


Sudah pasti BN akan tumbang apabila rakyat menyedari kesemua EXCO negeri adalah daripada UMNO melainkan Dr. Mah. Negeri Perak merupakan negeri yang mempunyai 50% penduduk Cina sudah pasti akan mempersoalkan mengapa perlu mereka memberi sokongan kepada UMNO yang sememangnya sebuah parti ultra Melayu dan seorang ADUN MCA yang merupakan parti yang tunduk kepada idealisma UMNO dan tidak berupaya malah 'mati-pucuk' apabila diminta bertindak tegas kepada UMNO.

Tunggulah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau! sudah pasti BN akan melihat sesuatu yang hebat berlaku!!

No comments: