Tuesday, June 23, 2009

Majlis Presiden PR kecewakan UMNO

Dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang secara jelas menolak sebarang pembentukan kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN, Pakatan Rakyat telah berjaya menyelesaikan krisis pertama PR.

Syabas saya ucapkan kepada barisan pimpinan yang sememangnya tidak mengecewakan rakyat dan para penyokong PR yang sememangnya tidak mahu bekerjasama dengan entiti politik yang sudah melampaui tarikh luputnya.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang secara jelas menyatakan bahawa UMNO telah memfitnah PAS dan kini sebarang kerjasama antara PAS dan UMNO hanya tinggal igauan semata-mata.

UMNO telah cuba untuk menimbulkan keresahan dan syak wasangka di antara pimpinan PR tetapi dengan izin Allah SWT dan semangat kerjasama yang utuh, niat UMNO/BN untuk memporak-porandakan PR gagal sempena pilihanraya kecil DUN Manek Urai di Kelantan.

Saya menegaskan bahawa hanya dengan kesepakatan PKR, PAS dan DAP akan dapat kita mentadbir negara. Partai yang lain turut menyumbang, tetapi tiga partai inilah yang akan menyerbu UMNO/BN di barisan hadapan di medan perang.

Tindakan Majlis Presiden ini juga memberikan satu tamparan hebat kepada Khairy Jamaluddin, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin (yang setahu saya adalah TPM paling bengap dalam sejarah!) yang kononnya ikhlas memperjuangkan kepentingan bangsa.

Harapan mereka berkecai kerana dalam pada pimpinan PR berjaya bersatu hati hari ini, partai komponen BN dalam keadaan retak menunggu belah kerana MCA, MIC, Gerakan dan yang lain-lain merasakan mereka dikhianati disebabkan cubaan perbincangan kesatuan perkauman Melayu anjuran UMNO.

Syabas Pakatan Rakyat! Bila menang Manek Urai nanti jangan lupa laungkan HIDUP RAKYAT di Dewan Undangan Negeri!!

No comments: