Showing posts with label kerajaan perpaduan. Show all posts
Showing posts with label kerajaan perpaduan. Show all posts

Friday, June 26, 2009

Harussani kecewa Kerajaan Perpaduan Gagal?

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” - Sahibus Samahah Harussani Zakaria.

Mengapa pula tindakan Pakatan Rakyat (PR) untuk tidak mendirikan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO dikira sebagai 'memutuskan tali persaudaraan Islam'? Apakah tindak-tanduk UMNO dalam menghukum rakyat tanpa usul-periksa tidak dikira sebagai 'anti-Islam'? apakah penubuhan mazhab Islam Hadhari tidak dikira sebagai 'anti-Islam'? atau sekurang-kurangnya 'memecahbelahkan umat Islam'?

Saya sememangnya menghormati Sahibus Samahah Ustaz Harussani namun dalam hal ini beliau harus diajar bahawa UMNO dan BN yang memecahbelahkan umat Islam.

Sementara wakil HAMAS sampai di Malaysia mengharapkan bantuan, di manakah Perdana Menteri kita? dimanakah Najib? di manakah pimpinan UMNO? Bukankah kita harus bersatu atas nama Ummah?

Sayangnya beliau terperangkap dengan jerat UMNO dan komennya digunakan oleh Media Arus Sampah seperti Utusan Meloya. Seperti kes Tuanku Sultan Perak, harga diri dan kewibawaan boleh mengambil berpuluh-puluh tahun, bernaskah buku tulisan dan bergelen-gelen peluh namun disebabkan diri yang mudah hanyut dan dimamah fitnah dan berita serong, kewibawaan itu boleh hancur sekelip mata. Segala yang diucapkan dahulu mungkin dikira 'temberang' dan 'tidak ikhlas' dan mungkin rakyat tidak akan mempercayainya lagi.

Saya menyokong penuh ucapan Tuan Guru Nik Aziz yang memberikan contoh bahawa di dalam da'wah Islamiyyah akan berlaku perbalahan semenjak zaman Rasulullah SAW lagi. Ini adalah kerana sifat manusia (seperti UMNO) yang tidak mahu menerima kebenaran Islam dan perjuangan membebaskan rakyat daripada kezaliman maka mereka melakukan pelbagai cara dan 'perbalahan' malah bersengketa pula dengan puak Muslimin.

Umat Islam diseksa dan dibunuh, dibiarkan mati kelaparan dan diburu. Kesemuanya ini bukan keinginan Rasulullah SAW, namun telah dipaksakan ke atas mereka oleh puak Quraisy dan penyembah selain Allah SWT. Sehinggakan Islam kemudiannya menakluki mereka semula dengan kekuatan politik, dan mereka menggunakan kebijaksanaan untuk memerdekakan Makkah al-Mukarramah, bukan dengan menggunakan kekuatan yang sememangnya cukup untuk menghancurkan tentera zalim Quraisy, tetapi memerdekakan Makkah dengan tiada setitispun darah ditumpahkan.

Saya nasihatkan Sahibus Samahah Ustaz agar mempelajari 'contoh' Rais Yatim, seorang Muslim yang mendapatkan gelaran DOKTOR FALSAFAH dalam bidang ISA dan kekejaman ISA namun kini terngadah dan gagap apabila terpaksa memikirkan ungkapan logika untuk menghalalkan sesuatu yang beliau dahulu bencikan, hanya semata-mata untuk melegakan hati dan mengelakkan malu daripada sang penguasa yang memberikannya kesenangan dunia.

Tuesday, June 23, 2009

Majlis Presiden PR kecewakan UMNO

Dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang secara jelas menolak sebarang pembentukan kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN, Pakatan Rakyat telah berjaya menyelesaikan krisis pertama PR.

Syabas saya ucapkan kepada barisan pimpinan yang sememangnya tidak mengecewakan rakyat dan para penyokong PR yang sememangnya tidak mahu bekerjasama dengan entiti politik yang sudah melampaui tarikh luputnya.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang secara jelas menyatakan bahawa UMNO telah memfitnah PAS dan kini sebarang kerjasama antara PAS dan UMNO hanya tinggal igauan semata-mata.

UMNO telah cuba untuk menimbulkan keresahan dan syak wasangka di antara pimpinan PR tetapi dengan izin Allah SWT dan semangat kerjasama yang utuh, niat UMNO/BN untuk memporak-porandakan PR gagal sempena pilihanraya kecil DUN Manek Urai di Kelantan.

Saya menegaskan bahawa hanya dengan kesepakatan PKR, PAS dan DAP akan dapat kita mentadbir negara. Partai yang lain turut menyumbang, tetapi tiga partai inilah yang akan menyerbu UMNO/BN di barisan hadapan di medan perang.

Tindakan Majlis Presiden ini juga memberikan satu tamparan hebat kepada Khairy Jamaluddin, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin (yang setahu saya adalah TPM paling bengap dalam sejarah!) yang kononnya ikhlas memperjuangkan kepentingan bangsa.

Harapan mereka berkecai kerana dalam pada pimpinan PR berjaya bersatu hati hari ini, partai komponen BN dalam keadaan retak menunggu belah kerana MCA, MIC, Gerakan dan yang lain-lain merasakan mereka dikhianati disebabkan cubaan perbincangan kesatuan perkauman Melayu anjuran UMNO.

Syabas Pakatan Rakyat! Bila menang Manek Urai nanti jangan lupa laungkan HIDUP RAKYAT di Dewan Undangan Negeri!!