Sunday, June 21, 2009

VISUM EX SILICIS: Kerajaan Perpaduan PAS & UMNO

Tidak berapa lama dahulu kita dengar suara-suara sumbang daripada segelintir penyokong PAS berkenaan betapa rendahnya akhlak ADUN PKR dan DAP darihal kes pengkhianatan yang mengakibatkan gugurnya majoriti Pakatan Rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Disebabkan tiada ahli PAS yang 'menyeberang' ke BN maka suara ini semakin lantang sehingga ke pilihanraya DUN Penanti, di mana PAS menggunakan hujah betapa 'kebal' dan 'mantap'nya pendirian wakil-wakil PAS sehingga sanggup mempersoalkan kerusi DUN Penanti yang sebelum ini ditandingi PKR.

Allah SWT maha kaya, kini dilihatkan pula beberapa pimpinan PAS pula yang sanggup bekerjasama dengan UMNO/BN bukan sahaja di peringkat kecilan, tetapi pada tahap pembentukan kerajaan.

Saya musykil bagaimana terma 'Kerajaan Perpaduan' dan 'Mubahalah' boleh disalahtafsir atau salahertikan sehingga menyebabkan rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat sangsi. Pada hemat saya, segala polisi terhadap 'musuh' perlu diperbincangkan dahulu dalam forum bersama Pakatan Rakyat dan kemudiannya setelah persetujuan didapati, barulah pengisytiharan boleh dibuat. Saya yakin PAS tidak mahu DAP atau PKR isytiharkan sesuatu yang baru yang melibatkan PAS tanpa peretujuan PAS.

Seperti dalam hubungan perkahwinan, persefahaman dan kepercayaan adalah sesuatu yang perlu dilihat dan dijaga sebaik mungkin. Ini adalah kerana sebaik sahaja kepercayaan itu terkikis atau dikhianati, maka kepercayaan penuh mungkin akan hancur selama-lamanya. Mungkin tahap kepercayaan mungkin sampai 90% atau 95% tetapi kesan hakiki tetap akan dilihat.

Namun peristiwa ini bukanlah sesuatu yang terlalu parah. Episod ini membantu rakyat melihat betapa 'desperate' UMNO dan BN dalam mendapatkan sokongan PAS, sehingga sanggup mengenepikan persetujuan bersama komponen BN. Sebenarnya UMNO lagi teruk hubungannya dengan komponen BN, lihat sahajalah pengagihan kerusi dan jawatan dalam kerajaan persekutuan, lebih 75% kepada UMNO.

Walaubagaimanapun, saya tetap yakin bahawa PAS adalah senjata hebat kepada rakyat untuk menundukkan rejim zalim Barisan Nasional. Saya percaya bahawa episod ini hanyalah sekadar ujian terhadap kita dan semoga Allah SWT menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada salah sangka dan mainan jahat mereka di UMNO/BN.

Di Manek Urai nanti saya sekeras-kerasnya menggesa PKR dan DAP turun membantu PAS untuk menunjukkan keutuhan Pakatan Rakyat, dan memastikan bahawa perbezaan pendapat hidup subur di dalam Pakatan Rakyat, dan kerjasama akan diteruskan menjangkaui kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang.

1 comment:

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com said...

visit my blog: http://goldenswiftlet.blogspot.com