Thursday, August 20, 2009

JKR Hampeh Terlupa Sediakan Tempat Parking Cukup di Mahkamah!

Sebagai seorang drebar isteri saya ke Mahkamah beberapa kali, saya sering melihat keadaan bercelaru kenderaan yang diletakkan dibahu-bahu jalan disekitar Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Ketika kompleks Mahkamah masih di Jalan Raja, keadaan sememangnya rumit, namun adanya tempat meletakkan kenderaan di bawah Dataran Merdeka, Kompleks Dayabumi dan Jalan Masjid India memudahkan beban para lawyer hensem-hensem dan cun-cun semua.

Betapa leganya apabila kita mendengar akan muncul satu kompleks Mahkamah 'ultra-modern' yang akan didirikan di Jalan Duta. Kami pun (masa itu saya juga lawyer hensem) merasakan angin perubahan akan berlaku dan keadaan mudarat ini akan diubati.

Sememangnya cantik pertukangan pembinaan kompleks tersebut (gambar ni bukannya Mahkamah KL, tetapi Mahkamah Rayuan dan Persekutuan di Putrajaya), dengan bumbung bawang dan kompleks megah yang memuatkan dewan mahkamah yang canggih. Tetapi satu masalah PENTING tertinggal (atau terlupa)... JKR terlupa orang yang akan ke Mahkamah tersebut memerlukan tempat meletakkan kenderaan.

Sebagai MAHKAMAH, JKR perlulah sedar bahawa bangunan ini hendaklah mudah didekati rakyat. Tidak semua rakyat (hatta lawyer sekalipun) yang mampu berkereta. Mahkamah perlu ditengah bandar agar mudah didekati dan prasarana mencukupi hendaklah disediakan untuk memudahkan rakyat, bukan menyusahkan rakyat. Ingat, segala kos yang digunakan adalah daripada rakyat, bukan daripada Najib atau Muhyiddin atau ATM Barisan Nasional Tiong King Sing.

Sekiranya logistik dan pengangkutan berpatutan, masalah ini boleh dikurangkan. Walaupun kini ada bas dan van shuttle, namun kedua-duanya tidak boleh diharap. Perkhidmatan bas amat terhad manakala shuttle service van pula perlu menunggu 'korum' yang penuh baru hendak bergerak.

Masalah parkir ini berleluasa di seluruh Malaysia. Cuba anda bayangkan, anda disaman kerana kesalahan trafik. Kemudiannya anda datang ke Mahkamah dan disuruh parkir di bahu jalan yang sememangnya salah berdasarkan Akta Trafik. Bukankah ini suatu yang pelik?

Bolehkah kita disaman kerana meletakkan kenderaan di tempat yang salah kerana menghadirkan diri ke Mahkamah? jawapannya YA! sememangnya para jurutera dan arkitek negara 1Malaysia kita lebih mementingkan keindahan estetik daripada aspek praktikalya atau tidak.

Sekurang-kurangnya di Selangor, Kompleks Mahkamah SSAAS di Shah Alam sedang giat dalam pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat untuk memudahkan rakyat. Kompleks Mahkamah di KL bila lagi? nak tunggu kerajaan persekutuan kena tukar dulu ke?

2 comments:

Anonymous said...

Bukan mahkamah sahaja, pergi Putra Jaya, perbelanjaannya yang begitu besar tetapi tempat parking tak disediakan secukupnya. Kakitangan kerajaan sendiri merungut kerana terpaksa berlumba untuk cari tempat parking.

Pengunjung yang datang lebih dari setengah jam dari KL, terpaksa parking di satu tempat kemudian naik bas ke bangunan yang ditujui.

Adakah arkitek/manusia yang buat kerja ini pikir untuk kemudahan atau praktikal orang ramai atau untuk indah rupa sahaja.

Satu Malaysia Boleh.

Amir Hamzah said...

Aku dah pergi Putrajaya tu, lengang tapi peliknya tempat-tempat yang rakyat kena lawat semuanya kekurangan tempat letak kereta. Agakya ke mana laa duit lebihan minyak yang depa janji nak pertingkatkan mutu pengangkutan awam tuyek?