Sunday, November 1, 2009

PUSPAKOM: Satu Lagi Projek Rosak Barisan Nasional!

Pengumuman Dato' Mukhriz Mahathir bahawa kontrak monopoli PUSPAKOM untuk pemeriksaan tahunan kenderaan yang berumur 15 tahun ke atas lagi telah menunjukkan betapa brengseknya kerajaan BN dan UMNO dalam membantu rakyat dalam menghadapi masalah kemelesetan ekonomi.

Selama ini, kerajaan BN dan UMNO sering melaungkan bahawa mereka tidak bersalah dalam kegawatan ekonomi kini dan menyalahkan pula dunia dan kegawatan ekonomi yang dialami Amerika Syarikat dan Eropah.

Namun mereka berupaya menggerakkan langkah-langkah yang dapat meringankan kesan kegawatan tersebut kepada rakyat. Kerana itulah mereka dilantik, untuk menjadi wakil-wakil rakyat untuk membantu dan membela rakyat daripada dijadikan habuan masalah ekonomi.

Kos kenderaan di Malaysia terlalu tinggi, sila rujuk nukilan saya berkenaan kos kenderaan sebelum ini di http://puterabatu.blogspot.com/2008/06/help-us.html. Disebabkan masalah ini, maka rakyat terpaksa menggunakan kenderaan mereka yang mereka sedia ada (kalau cakap kereta buruk marah nanti!) untuk menjalankan rutin harian mereka.

Namun untuk mereka memeriksa kereta mereka setiap tahun, dengan membelanjakan sejumlah wang yang mereka amat perlukan kepada PUSPAKOM - yang terkenal dengan sikap tidak profesional - akan menimbulkan rasa marah.

Sepatutnya kerajaan BN mengikuti langkah kerajaan Jepun didalam menangani masalah ini (itupun harga kereta di Jepun jauh lagi murah berbanding Malaysia!!), di Jepun, kontrak pemeriksaan wajib tahunan diberi kepada workshop panel yang didaftar. Dengan cara itu persaingan untuk mewujudkan perkhidmatan terbaik akan menguntungkan rakyat. Saya sememangnya percaya bahawa mana-mana monopoli tidak akan menguntungkan sesiapa.

PUSPAKOM kini boleh melakukan kerja sambil lewa kerana tahu bahawa mereka pemegang sulung kontrak tersebut, dan mereka tidak merasakan keperluan untuk meningkatkan produktiviti mereka, mahupun tahap kualiti mereka.

Saya tabik hormat kepada kerajaan BN dan UMNO yang senantiasa mencari ide baru yang bernas untuk meranapkan lagi kehidupan rakyat dan menggunakan media massa untuk meyakinkan rakyat bahawa rakyat perlu meranapkan kehidupan mereka untuk perkembangan negara, dan akhirnya berjaya memperkayakan suku-sakat mereka yang beroleh kontrak kerajaan tersebut.

Ingat, PUSPAKOM bukannya syarikat kerajaan!!

No comments: