Wednesday, December 9, 2009

UMNO Takut Doa Tok Guru?

Sememangnya pelik sekiranya seseorang yang sanggup menidakkan hak rakyat Kelantan kepada royalti petroleum mengatakan pula kerajaan pusat 'menghadiahkan' wang ehsan kepada agensi kerajaan persekutuan di Kelantan.
.
Niatnya adalah untuk memperbodohkan rakyat Kelantan, khasnya dalam tempoh terdekat agar menunjukkan bahawa BN memberi duit walaupun mereka tidak berhak kepadanya.
.
Namun hakikatnya duit itu tidak akan sampai kepada rakyat Kelantan, khasnya yang daif dan yang memerlukan. Najib mencedok ide Idris Jusoh Terengganu dimana royalti minyak negeri digunakan sebagai 'umpan' untuk menarik kembali sokongan terhadap UMNO dan BN.
.
Namun hakikatnya jua wang ehsan tersebut akan habis disapu oleh pak kroni UMNO dan BN sebelum ia akhirnya sampai kepada golongan bawahan. Lapisan pertama akan diambil oleh Ketua Bahagian UMNO, lapisan kedua diambil oleh AJK Bahagian, Ketua Pemuda, Wanita dan seterusnya.
.
Bahkan, duit itu menjadi tidak cukup, kerana saki baki wang ehsan setelah melalui proses 'penapisan' diatas tidak cukuppun untuk memperbaiki hatta jamban tandas awam.

Dengan sikap mengenepikan kerajaan negeri yang sah, dan disalurkan pula kepada kroni kerajaan, mereka yang telah dikenalpasti sebagai golongan yang memerlukan tidak mendapat bantuan yang sewajarnya. Buktinya ialah pengagihan wang ehsan - seperti yang berlaku di Terengganu tidak dapat ditunjukkan bagaimana ia dibelanjakan. Dan sama ada perbelanjaan tersebut telah melalui tender terbuka dan proses tender yang telus dan terbuka.
.
Saya mengesyorkan sekiranya Tengku Razaleigh bersetuju dengan hak Kelantan kepada royalti petroleum, beliau boleh mengarahkan KESEDAR agar mengembalikan wang tersebut kepada kerajaan negeri Kelantan.
.
Apabila BN dan UMNO makan harta haram, tidak pula mereka takut akan azab Allah SWT. Tetapi apabila TGNA mahu mendoakan bencana kepada mereka yang menzalimi rakyat Kelantan, menggeletar lutut tidak terkira. Semoga apabila disoal oleh kedua Mungkar dan Nakir nanti Najib dan Muhyiddin dapat menjawab Imamnya sebagai Muhammad SAW dan bukannya wang ringgit semata-mata!

5 comments:

anaklangkawi said...

Salam bro..
bagi sikit dalil malah dalam Al-quran & hadis umat islam mendoakan umat islam lain ditimpa bala..

wallahwaqlam.

Amir Hamzah said...

sebelum tu bagi dalil umat Islam boleh minum arak macam Najib kat Thailand dan dalil yang membolehkan Mirzan Mahathir jadik Pengarah San Miguel Breweries.

Anonymous said...

akhirnya bala turun ke nik ajis dan kuncu-kuncunya. Semoga menjadi pengajaran

anaklangkawi said...

What's up bro..
what happen to your party.?

Amir Hamzah said...

yo bro, sorry lama tak respond. PKR is well and healthy, cuma baru minum ubat cacing nak keluarkan segala yang busuk dan membusukkan untuk kembali segar, bertenaga dan garang!