Wednesday, December 1, 2010

Ketuanan Melayu?

Laporan ini diambil daripada www.mesra.net setelah mendengar ucapan penangguhan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya sempena Kongres Nasional PKR 2010. Beliau menyatakan bahawa ungkapan 'Ketuanan Melayu' sememangnya disalahgunakan oleh UMNO/BN untuk meneruskan rompakan mereka terhadap kekayaan negara.

Jika NKRA digunapakai disini, maka ternyatalah UMNO gagal memartabatkan orang Melayu setelah 53 tahun berkuasa. 53 tahun untuk mengubah nasib bangsa? Pakatan Rakyat boleh lakukannya dalam separuh daripada tempoh itu!

Laporan dibawah dinyatakan oleh Menteri di JPM K. Devamany dan menunjukkan bahawa orang Melayu konsisten paling bawah dalam setiap kategori pendapatan sehingga bracket RM10,000 ke atas dimana orang Cina mendahului.

Secara kasar:

Pendapatan Isi Rumah RM700 kebawah:

Jumlah isi rumah: 67,300
Melayu: 65,000
Lain2: 2,300
Peratusan Melayu: 97%

Pendapatan Isi Rumah RM1000 kebawah:

Jumlah isi rumah: 496,500
Melayu: 301,000
Lain2: 195,500
Peratusan Melayu: 61%

Pendapatan Isi Rumah RM1000 - RM2000:

Jumlah isi rumah:1,695,900
Melayu:976,500
Lain2:719,400
Peratusan Melayu: 58%

Seperti yang dikatakan DSAI: Ketuanan Melayu Kepala Hotak Engkau!

---

KUALA LUMPUR: Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) tahun 2007 oleh Jabatan Perangkaan mendapati 301,000 isi rumah Melayu memperoleh pendapatan kurang RM1,000 sebulan, iaitu paling ramai di seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, K Devamany, berkata mengikut perangkaan HIS, anggaran isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang RM1,000 sebulan adalah seramai 496,500 orang.
 
Pecahan bagi kaum lain ialah 50,900 isi rumah Cina, 29,000 (India), 29,300 (Kadazan), 7,500 (Orang Asli) dan kaum lain 78,800 isi rumah.

Bagi kumpulan berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 dengan 976,500 (Melayu), 338,300 (Cina), 125,300 (India), 38,800 (Kadazan), 9,800 (Orang Asli) dan 207,200 kaum lain.

Beliau menjawab soalan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PKR-Sungai Siput) di Dewan Rakyat, semalam yang mahu mengetahui pendapatan isi rumah bulanan rakyat mengikut kaum.

Devamany berkata, 1.14 juta isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000, termasuk 614,700 (Melayu) , 300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan) , 2,500 (Orang Asli) dan 89,900 kaum lain.

Bagi pendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 pula, seramai 380,500 adalah Melayu, 234,700 (Cina) , 73,300 (India) , 8,900 (Kadazan) , 1,000 (Orang Asli) dan 44,600 kaum lain.

Pendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 pula 743,000 isi rumah membabitkan 380,500 (Melayu) , 234,700 (Cina) , 73,300 (India), 8,900 (Kadazan) , 1,000 (Orang Asli) dan 44,600 kaum lain.

Pendapatan antara RM4,001 hingga RM5,000 seramai 497,800 isi dengan 254,700 (Melayu) , 166,600 (Cina) , 44,800 (India) , 6,900 (Kadazan) , 200 (Orang Asli) dan 24,600 kaum lain.

Bagi pendapatan RM5,001 hingga RM10,000, ia membabitkan 914,200 isi rumah. Daripada jumlah itu, 419,200 (Melayu), 368,400 (Cina), 76,800 (India), 13,400 (Kadazan) dan 36,500 lain-lain kaum.

Sebanyak 235,300 isi rumah berpendapatan RM10,001 hingga RM20,000 membabitkan 85,700 (Melayu) , 118,700 (Cina) , 23,400 (India), 800 (Kadazan) dan 6,700 kaum lain.

Bagi kumpulan pendapatan melebihi RM20,000 pula, ada 49,500 isi rumah dan daripada jumlah itu, 16,500 adalah Melayu, 27,900 (Cina), 3,600 (India) dan 1,500 etnik lain.

2 comments:

napee said...

salam

saya amik sket data dari blog ni. Harap halal la yer.. hehehe

EkoMarch said...

saya pun same