Showing posts with label calon pas. Show all posts
Showing posts with label calon pas. Show all posts

Friday, December 3, 2010

Tanah Melayu terhakis angkara Umno — Idris Ahmad

Umno sebagai tonggak BN akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya. Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di di dunia, iaitu hilang kuasa.

Pemimpin umno semakin gelisah  untuk menghadapi hari-hari tua yang berada dihujung senja. Puas mereka memutar isu untuk  meyakinkan rakyat walaupun kena di batang hidung mereka. Pedekatan matlamat menghalalkan cara.

Isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan umno pula tidak larat. Mereka menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar.

Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, Insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno. Generasi ini tidak akan biarkan setengah abad kedua  negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.

Apabila Harakah mendedahkan pengakuan yang dibuat oleh ADUN Umno Pulau Pinang  ketika forum ’Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian’ anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu berpunca daripada pemimpin Umno.

Maka 22 November 2010 Utusan Malaysia yang menjadi proksi Umno terus membuat satu laporan khas mengenai tanah Pulau Pinang untuk mengatakan putih walaupun satu dunia mengatakan hitam. Begitullah juga taktik Utusan Malaysia yang cuba hendak menyalahkan DAP yang tidak sampai tiga tahun memerintah menyebabkan tanah melayu Pulau Pinang papa kedana? Laporan tu juga membela Umno tidak boleh disalahkan sehingga tanah orang melayu tinggal 1.16 per cent. Laporan yang layak dilaporkan di zaman batu, bukan zaman maklumat yang boleh diketahui berbatu-batu.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu: Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu  dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada  1.7 juta hektar (1995).

Bermakna   44 per cent tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2 peratus setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun  2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30 peratus sahaja.

22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK  (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600  orang yang tinggal disitu.

26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur)  untuk projek kolam udang.

13 Jun  2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi,  kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno.

Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan  Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar  menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia  dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak  273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) Tanah seluas 2500 ekar  ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura.

Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO. Tidak Nampak muka pemimpin Umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing.

217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat.

Menghalau 290 buah rumah penduduk  Kampung Plentong Tengah  Pasir Gudang Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding  ialah pemimpin PAS, PKR dan DAP.

Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”. — harakahdaily.net

* Ustaz Idris Ahmad adalah Ketua Penerangan PAS Pusat.

Monday, September 21, 2009

Pengundi Pos Bagan Pinang: Menangkan Pakatan untuk Menyelamatkan Maruah Negara!

Hadith Rasulullah SAW menyatakan, 'Sesiapa yang melihat yang diantara kamu kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah Iman'.

Dan hadith yang lain pula: 'Jihad yang paling afdal adalah kalimah yang benar di hadapan pemerintah yang zalim'.

Hadith-hadith di atas jelas menunjukkan bahawa perjuangan menentang kezaliman itu wujud pada bila-bila masa, pada setiap ketika, dalam aman mahupun perang, tanpa mengira umur. Hadith-hadith itu juga menerangkan bahawa sekiranya kita melihat kemungkaran maka kita harus melawannya, yang membezakannya hanyalah kadar penentangannya yang tersebut.

Saya disini mengandaikan bahawa para pejuang keselamatan negara yang bakal mengundi secara pos di Bagan Pinang, Negeri Sembilan ini tidak terkecuali daripada bersetuju bahawa mereka turut melihat pelbagai jenis kezaliman; sama ada yang mereka rasai sendiri, mahupun yang mereka lihat yang ditanggung rakyat yang lain.

Gaji asas golongan keselamatan adalah dibawah paras kemiskinan yang telah dikaji oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Secara amnya, garis paras kemiskinan negara adalah separuh daripada jumlah pendapatan negara di Malaysia, iaitu RM1,500. Pakatan Rakyat telah berjanji melalui manifestonya pada 2008, bahawa Pakatan Rakyat jika menguasai Kerajaan Persekutuan, akan memastikan bahawa gaji minima bagi mana-mana majikan, kerajaan atau tidak, akan memberi gaji asas kepada para pekerjanya sebanyak RM1,500 sebulan.

Kita dapat lihat sendiri berapa ramaikah diantara kenalan kita, khasnya yang di dalam Pasukan Keselamatan, yang memperolehi gaji lebih rendah daripada itu.

Hakikatnya negara Malaysia ini negara yang kaya, malangnya kekayaan yang melimpah-ruah ini dijadikan sasaran golongan politik rakus seperti UMNO dan Barisan Nasional untuk memperkayakan suku-sakat mereka tanpa mempedulikan keadaan daif dan sengsara mereka yang menjaga keselamatan negara. Kita dapat lihat prasarana kediaman pihak Polis yang uzur, dan mereka setiap hari membanting tulang ditengah panas terik membantu dan mengawal keselamatan negara.

Bagi kami di Pakatan Rakyat, anda berhak untuk memperolehi dan merasakan kemewahan negara, bersama-sama rakyat yang lain. Anda berhak juga untuk merasakan walau sedikit, kekayaan golongan mega-kaya UMNO dan Barisan Nasional yang hari ini tidak ada seorang pun daripada pemimpin mereka yang miskin. Ini amat berbeza dengan golongan UMNO yang terdahulu, sehinggakan rakyat melihat kesengsaraan pemimpin mereka, dan rakyat itu jugalah yang membantu mengurangkan kedaifan pemimpin politik mereka ketika itu.

Sekiranya anda dahagakan perubahan hidup, sekiranya anda ingin menguji Pakatan Rakyat, maka berilah undi pos anda kepada Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. Kami akui kemenangan PAS di sini tidak akan memenangkan Kerajaan Persekutuan kepada kami, tetapi ia boleh menjadi ISYARAT MAYDAY bahawa UMNO dan BN akan tumbang dalam Pilihanraya ke-13 yang akan datang.

Sekiranya Pakatan Rakyat tidak memberikan atau mengotakan janji gaji minima selepas Pilihanraya ke-13 nanti, anda masih lagi boleh mengundi semula BN yang selama 52 tahun selepas kemerdekaan masih lagi meletakkan pejuang keselamatan negara sebagai 'Rakyat Kelas ke-2'.

Marilah kita bersama-sama jadikan Bagan Pinang sebagai 'Perang Waterloo' bagi UMNO dan BN. Kemenangan PAS di sini akan menjadi titik-tolak kehancuran UMNO dan BN termasuk politik memperkayakan kroni dan famili. Airmata Napoleon Bonaparte akan menjadi airmata Najib Razak. Marilah kita bersama-sama menunjukkan protes kita terhadap layanan buruk BN dan UMNO terhadap pasukan Polis dan Tentera agar isyarat jelas dapat dinyatakan: KAMI BUKAN RAKYAT KELAS KEDUA! KAMI PEJUANG NEGARA!

http://puterabatu.blogspot.com

Tuesday, April 21, 2009

Mahathir dan Anwar sebagai calon N12 Penanti!

Pertarungan Protege dan Mentor paling hebat akan berlaku tidak lama lagi! Perang peribadi antara dua tokoh politik tanahair akan berlangsung di N12 Penanti dan menjanjikan pertembungan maha dahsyat lebih menakutkan, lebih mengasyikkan daripada pertarungan diantara Obi Wan Kenobi dan Padawan-learner-nya Anakin Skywalker walaupun kedua watak Star Wars tersebut menggunakan lightsaber!

Kepada Dr. M, ini adalah masanya untuk bersemuka dengan 'anak harimau' yang dididiknya sehingga menjadi Harimau Malaya ke-2 selepas Jeneral Tomoyuki Yamashita-Sama.

Inilah peluang keemasan bagi Dr. M bagi 'mengajar' Anwar yang dikatakannya tidak mengenang budi, dan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, tunjukkanlah belang dan taringmu yang masih ada. Usah jadi lembik dan pengecut kerana label itu (menurut Mahathir) hanya layak diberikan kepada Pak Lah.

Bagi PKR, tunggu dahulu pencalonan Dr. M ataupun mana-mana watak kartun komedi yang bakal dikalahkan nanti; sekiranya Mahazalim ini dicalonkan, maka amatlah dicadangkan agar DSAI bertanding untuk melingkupkan Mahathir dan melenyapkan saki-baki pengaruh 'Mahathirism' dalam Malaysia.

Kepada DSAI apabila menang nanti, angkatlah dia dan humbankan dia ke lubang neraka seperti mana yang dilakukan Darth Vader kepada Emperor Palpatine. Lenyapkan saki-baki busuk dan membusukkan itu dan dabiklah dada kepada Najib sambil bertakbir memuji Allah Azzawajalla dan katakanlah kalimah agung Allah SWT dalam Al-Qur'an al-Karim 'Kepada setiap umat akan menemui ajalnya!' termasuk parti laknat UMNO!

Revenge is best served cold DSAI! Ajar orang tua ini dan pastikan semangat Harapan Baru bagi Rakyat Malaysia terus utuh dan megah!

TAKBIR!

Sunday, March 29, 2009

Salam Reformasi kepada Warga Kota Kemuning!

Alhamdulillah, Puterabatu kini telah berpindah ke Kota Kemuning dan seperti sirih pulang ke gagang, Puterabatu kini kembali ke negeri Selangor Darul Ehsan; negeri yang ditinggalkan sejak zaman persekolahan menengah kini menjadi medan pertempuran terbaru!

Rumah yang diberikan Allah SWT hanyalah amanah sebenarnya. Tetapi atas budi dan jasa baik kedua ibu-bapa dapatlah juga Puterabatu merasakan tinggal di rumah yang besar setelah lebih kurang 10 tahun tinggal di apartment di Bandar Baru Sentul.

Puterabatu menyampaikan salam ukhuwwah dan salam REFORMASI kepada ADUN Seri Muda - Saudara Mat Shuhaimi Shafiei, sahabat sekian lama sejak saya memegang jawatan Setiausaha AMK Negeri Selangor; salam MAKKAL SAKTHI kepada Dr. Xavier Jayakumar; ADUN Seri Andalas dan salam ukhuwwah fil-Islam kepada Dr Siti Mariah Mahmud - Ahli Parlimen Kota Raja, Selangor Darul Ehsan.

Walaupun tekanan daripada pihak majikan jelas tetapi mereka mengakujanji tidak akan mengganggu kegiatan politik saya asalkan saya tidak berjawatan dan aktiviti tersebut dilakukan pula diluar waktu pejabat. Alhamdulillah.

Kepada warga UMNO dan Barisan Nasional di kawasan DUN Seri Muda, DUN Seri Andalas dan Kawasan Parlimen Kota Raja - bersiap sedialah kamu! bekas Ketua Penerangan Tian Chua tidak sabar lagi untuk melepaskan geram yang sekian lama terpendam!!

REFORMASI!

Thursday, January 1, 2009

Dr. Syed Azman pilihan Pakatan!

Alhamdulillah! PuteraBatu kini mengetahui bahawa Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, seorang ahli Sains Politik, beliau pernah berkhidmat di Indiana State University, the Japan Institute of Tokyo, Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 1999.

Kami PKR, DAP dan sekutu Pakatan Rakyat yang lain (termasuk YB Manikavasagam) akan bersama-sama membantu Dr. Syed Azman dan PAS dalam usaha menawan kembali kerusi P36 Kuala Terengganu.

Daripada 4 kerusi DUN di dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu, 3 daripadanya jatuh kepada Pakatan Rakyat. Kami dengan ini berjanji akan membuktikan bahawa kemenangan kerusi Parlimen tersebut sekadar 'kesilapan teknik' dan kami akan turun habis-habisan untuk memenangi kerusi ini.

Semoga Allah SWT tuhan sekalian alam memberikan kami kekuatan dan melantik setiap daripada kami sebagai 'Pedang Allah' untuk memancung kepala-kepala zalim dan fasik UMNO dan BN pada pilihanraya ini! Takbir!