Showing posts with label ezam. Show all posts
Showing posts with label ezam. Show all posts

Saturday, January 31, 2009

Ezam: Senjata Saboteur Terhebat PKR!

Saya menepuk tangan dan memberikan penghargaan hebat kepada bekas bos saya Ezam Mohd Noor. Cara dan kaedah beliau menjalankan amanah Dato' Seri Anwar Ibrahim begitu berkesan, sehinggakan kini Pakatan Rakyat sudah mencapai keputusan 4-0 setakat ini - Pilihanraya Umum 2008, Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kemasukan Nasarudin kepada PKR. Jika dikira kemasukan Gabriel Adit di Sarawak, maka kini 5-0.

Sekiranya Najib cerdik, sudah semestinya beliau dapat memahami peranan 'saboteur' atau peranan penggodam Ezam dan rakan-rakannya di dalam UMNO. Saya bukannya menyatakan Najib seorang yang bodoh atau yang bangang, tak baik begitu, tetapi saya melabelkannya sebagai seseorang yang mempunyai masalah kelembapan otak yang tersangat kronik. Malangnya lagi, sekiranya pernyakit ini tidak diubati, dikhuatiri ia akan berjangkit dan menular di kalangan pemimpin UMNO yang lain dengan kadar yang lebih dahsyat daripada penyakit Chikungunya atau Denggi.

Ezam, dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, memberi gambaran bahawa Anwar seorang yang berbudi pekerti mulia, sedia memaafkan, tenang menghadapi kesukaran dan sanggup mencari penyelesaian diplomatik demi meredakan kecelaruan rakyat pada ketika itu.

Yang peliknya, Ezam mengatakan beliau mendapat 'restu' daripada Pak Lah dan Najib untuk mendedahkan surat tersebut - walhal surat tersebut sedia didedahkan tanpa sedikitpun diarahkan dirahsiakan surat tersebut. Rencana Ezam begitu licik sehinggakan pendedahan surat tersebut dapat menunjukkan kedangkalan Pak Lah dan Najib terhadap status sebenar surat tersebut.

Ramai yang menyatakan tindakan-tindakan Ezam semakin difahami kini dan penglibatannya dalam pilihanraya kecil di Pensiangan tidak akan menjadi.

Saturday, September 13, 2008

Sept 16 Counter-Strategy

I was flabbergasted when I found out that YB Teresa Kok was arrested close to midnight just now. Awestruck I then comprehended the situation. Ops Lalang II is underway. I understand now, there is nothing left to lose. Tuesday, 16 Sept 2008 is fast approaching and Pak Lah seems to be losing support and change of the Federal Government seems, at least to BN and Pak Lah, a frightening reality.
.
Having 15 MPs arrested under ISA would spell doom for Dato' Seri Anwar Ibrahim's ambitions for taking over. With these people incarcerated, Pakatan Rakyat, even after the crossovers, cannot vote a simple majority even for the dissolution of Parliament, including to call for fresh elections.
.
Nice tactic BN! congratulations to the level 4 boys! but remember this, your act of desperation will lead you further from being in power in the coming elections. It has a very price though, this desperate 'last resort' of yours have spelt your doom. Notwithstanding the above, we the rakyat will wait for that single opportunity to throw you out. We do not mind waiting for another 3 or 4 years for fresh new elections as we have already made up our minds. This time around, time will not render us absent-minded.
.
So brother Ezam and Dr. Chandra, how have you been doing? revelling in the convenience of silence? surely you will voice out against these detentions at this juncture to negate already massive perceptions of your bias to BN? I personally want to see how Chandra explain this one! and Ezam, takkan nak sokong tang BN lawan rasuah tiba-tiba pasai ISA hang nak dok diam kot? Bagi laa statement sikit.. awat? gigi taring tercabut ka? dah lupa masa kena ISA dulu?
.
Remember this also! Pakatan Rakyat is NEVER short of new high-powered calibre leaders. Do what you may, but rest assured that the fight is far from over! we will not sit down and allow ourselves to be stomped to the ground, we will never surrender and WE WILL ULTIMATELY PREVAIL!
.

Saturday, May 31, 2008

Kebebasan BPR: Anwar Perangkap Pak Lah

Bukan mudah untuk kita kalahkan lawan. 'Seni Pertarungan' itu sendiri telah diperdebat dan diperhalusi sehingga dibukukan. Kita masih lagi ingat 'The Art of War' oleh Sun Tzu; dan Rasulullah SAW sendiri pernah mengatakan 'Peperangan itu satu penipuan'. begitulah pentingnya strategi dalam perlawanan.

Namun apa yang telah dilakukan Dato' Seri Anwar Ibrahim begitu hebat. DSAI tahu UMNO dan BN dalam keadaan yang lemah, DSAI tahu bahawa dalam keadaan UMNO kini yang lemah dan parah, Pak Lah akan menerima sesiapa sahaja agar isu dapat dialihkan. Justeru DSAI menyuntik agennya untuk memastikan bahawa, sekiranya Pakaan Rakyat gagal membentuk kerajaan persekutuan, beliau masih lagi boleh menjayakan cita-citanya untuk memperkasakan BPR dan seterusnya mengheret bapak-bapak rasuah UMNO dan BN ke penjara.

Kini kita dapat lihat Ezam masih lagi mewar-warkan ungkapan-ungkapan 'syirik' bagi UMNO. 'Reform', 'Agenda Perubahan' termasuk ungkapan dahsyat 'Saya tiada kesetiaan pada Parti atau Individu' apakah UMNO sebegini dhaif sehingga terpaksa menerima ahli sebegini? yang terus terang menentang dasar UMNO dan BN?

Saya pernah dahulu bersama-sama isterinya Bahirah Tajul Aris dan isteri-isteri tahanan yang lain memberikan ceramah untuk membebaskan suaminya daripada ditahan dibawah ISA sambil memungut derma untuk disalurkan kepada keluarga-keluarga mangsa ISA. Malah tangan saya ini juga yang mengutip RM1 dan kepingan 50 sen atas nama membela keluarga Ezam. Bahirah menceritakan betapa peritnya kehidupan sebagai seorang isteri yang suaminya ditahan dibawah akta tersebut. Pemuda KeADILan pula, dalam menghayati Sumpah Keramat, berdiri teguh dibelakang ketua mereka dan bersumpah menyebarluaskan sebanyak mungkin - betapa zalimnya akta ini dan betapa seksanya keluarga tahanan.

Apakah Perdana Menteri merasakan azab yang dilalui Ezam bersama Ghani Haron itu boleh dilupakan mereka begitu sahaja? Persoalannya, mengapa Ezam masih tidak menyatakan bangkangan beliau terhadap ISA. Apakah Ezam, dengan melihat 'kesungguhan UMNO untuk membanteras rasuah' dengan mudah boleh melupakan penderitaan ISA? atau adakah Ezam terlalu yakin dengan adegan pembanterasan rasuah beliau boleh melupakan kesengsaraan para tahanan yang masih lagi meringkuk di Kamunting?

Soalan itu saya serahkan kepada UMNO untuk dijawab kerana UMNO sudah komited untuk mengekalkan ISA.

Amir Hamzah bin Amha
http://puterabatu.blogspot.com

Thursday, May 29, 2008

Kenapa saya berubah? oleh Ezam Mohd. Noor

(Ihsan SongkokPutih daripada TranungKite)

PAGI 28 Mei dalam diari Mohamad Ezam Mohd Nor bermula begini –dalam catatan saya yang tiba ke rumahnya kira-kira jam 11.00 pagi di Seksyen 7 Shah Alam. Ada deretan kereta diletakkan di tepi pagar rumah banglo dua tingkat itu. Sebaik melangkah masuk dan memberi salam, nampak kelibat ayah Ezam, Pak Cik Mohd Nor, dan ibu Ezam, bonda Aisyah tersenyum.

Selepas bersalaman dan beramah tamah, saya dijemput masuk ke rumah, di ruang tamu itu, sudah siap menunggu, rakan-rakan karib Ezam ketika menerajui Angkatan Muda PKR, Abdul Ghani Harun, S D Johari, saudara Nazmi, Syed, dan Azwandin Hamzah.

Ezam, tidak kelihatan, kata isterinya, Bahirah, beliau masih di bilik menghabiskan bacaan Al Quran -rutin pagi yang diamalkan beliau sejak di penjara Kajang lagi.

Jam 11.30 pagi, Ezam keluar, dengan baju lengan panjang berwarna biru air, seluar slack berjalur halus berwarna kelabu kehitaman, dan kot.

“Dah minum?” katanya ramah, sambil bersalaman. Tenang, memang gaya Ezam dari dulu lagi. Biarpun hari ini, beberapa jam lagi beliau akan berdepan dengan orang yang pernah diserangnya bertahun-tahun.

“Kenapa abang berubah?”

Beliau dalam kiraan jam, akan mengumumkan sokongannya yang tidak berbelah bagi, kepada parti dan orang yang pernah menjadi musuhnya dahulu. Dan saya mencuri kesempatan untuk bertanya, “Kenapa abang berubah?”

“Kenapa saya berubah? Saya tidak berubah, saya menyokong dasar, bukan parti atau individu, dasar UMNO kini berubah, jadi saya kembali menyokong UMNO dan sudah tentulah menyokong kepimpinan yang berani mengubah dasar tersebut,” kata Ezam.

“Saya yakin agenda perubahan yang diumumkan Perdana Menteri sekarang ini, termasuk soal memperkasa BPR, memulihkan institusi kehakiman dan banyak lagi merupakan agenda perubahan yang besar dan wajar disokong,” katanya.

Sambil berbual ringan, Ezam melihat jam di tangan yang waktu itu sudah menunjukkan jam 11.55 pagi.

“Kita pergi dua kereta, empat orang satu kereta, dari sini kita singgah di Bandar Sunway, ada restoran Bakso, jumpa Hamdan, saya hendak isi borang di situ, dari situ kita bergerak ke KL Sentral, Datuk Wan Farid tunggu dan dia akan bawa kita masuk ke Parlimen,” kata Ezam pada semua yang hadir.
Arahannya jelas dan tegas. Itulah ciri Ezam yang menarik minat saya sejak dulu. Dan ramai lagi, satu ketika dalam Angkatan Muda PKR, gaya Ezam berceramah menjadi ikutan pemimpin pemuda lainnya. Termasuklah gaya sebutan khasnya bila berkata “Kerana apa?...” yang intonasinya ditekan, sedalam-dalamnya, berhenti senafas dan disambung semula.

Doa keluarga iringi langkah Ezam

Selepas berdoa, dan Ezam mengucup pipi kedua ibu bapanya memohon restu, bersalaman dengan isteri dan adiknya, Illa. Kami bertolak tepat jam 12.10 tengahhari. Mengikut arahan yang jelas tadi. Di dalam kereta, Ezam yang duduk di kerusi penumpang sebelah depan, sibuk melayan sms dan panggilan telefon.Saya kira berita beliau akan bertemu Perdana Menteri sudah heboh. Bermacam-macam orang yang telefon, kebanyakkannya wartawan, Ezam melayan satu persatu panggilan tersebut.

Bila sampai di Restoran Bakso itu, Hamdan Taha, rakan karib Ezam bersama seorang lagi sudah menunggu. Sudah ada beberapa helai borang keahlian Umno seumur hidup.

Satu yang kosong diserahkan. Ezam ambil dan membacanya, “Ada Pen?” katanya, pen di ambil, dan tanpa rasa gementar, beliau mengisinya, satu persatu. Dan menandatangani borang tersebut.

Selesai bab borang, kami bergegas ke KL Sentral, sepanjang perjalanan, Ezam kembali melayan panggilan telefon.

Kami sampai di KL Sentral jam 2.15 petang, sambil menunggu Datuk Wan Farid, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, yang akan membawa Ezam ke Parlimen.

Sebaik Wan Farid muncul dengan kereta Perdananya, Ezam berpindah kenderaan. Beliau bersama Wan Farid, dan kami mengikuti dari belakang.

Terus ke Parlimen, dan terus ke pintu VIP, di sana setiausaha politik Pak Lah, Datuk Reezal Marican, sudah menunggu. Kebetulan ada juga Bendahari Umno, Datuk Azim Zabidi, dan Ketua Pemuda Umno Datuk Hishamuddin Hussein.

Wartawan rasmi Parlimen

Ezam bersalaman dengan semua, bergurau dengan Hishamuddin, yang beberapa hari sebelum itu memberitahu wartawan beliau ada tiga soalan kepada Ezam sebelum masuk Umno. Ezam bersalaman, dan berjalan beriringan dengan Hishamuddin. Gaya orang politik.

Dari situ kami menaiki lif ke tingkat dua. Bilik menunggu Perdana Menteri di Parlimen. Di sajikan air teh o kosong, sambil Ezam, Wan Farid, Reezal Marican dan seorang lagi setiausaha politik Abdullah yang baru dilantik, Datuk Alwi berbual.

Tidak ada wartawan dibenarkan masuk, kecuali dari Agendadaily.com, Hanafiah Man dan Lukman Abdullah yang sudah boleh dianggap wartawan rasmi Parlimen. Saya sempat menghantar beberapa sms kepada Jeff, dan Epul rakan yang bertugas mengemaskini KLpos.com.

Kira-kira jam 3.40 petang, Ezam bertemu Abdullah. Entah apa yang mereka bualkan. Saya tidak masuk. Cuma menunggu bersama-sama lebih 50 wartawan di bilik sidang media yang bakal diadakan. Bersebelahan dengan bilik menunggu.

Sambil berbual-bual dengan penganalisis politik terkenal Mohd Sayuti Omar dan Zubaidah Abu Bakar yang hadir untuk merakam detik bersejarah itu.

“Bismillah...”

Selepas 40 minit. Abdullah dan Ezam keluar. Sidang akhbar diadakan. Abdullah seperti biasa menjawab semua soalan. Dan pada soalan, apa peranan yang akan dimainkan oleh Ezam di dalam Umno, beliau dengan selamba berkata, “Itu biar Ezam yang jawab”.

Ezam sendiri, memilih untuk mengadakan sidang akhbar sehari selepas pengumuman rasmi tersebut. Hari ini. Ezam bersama penyokongnya akan mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Petaling Jaya kira-kira jam 11.00 pagi.

Ada detik yang penting. Yang saya sempat catatkan. Tatkala Ezam menyerahkan borang keahlian Umno seumur hidup kepada Abdullah.

Ezam bersalaman, sambil berkata, “Bismillah...,” Abdullah yang sebelum itu senyum, bertukar serius. Diambilnya borang Ezam itu, dengan kata-kata yang sama, “Bismillah...” Tangan Ezam digengam erat. Abdullah kembali tersenyum. Lebih manis dari biasa. Kilauan cahaya kemera tidak henti-henti merakamkan satu lagi saat bersejarah kepada bangsa dan negara.

Semalam. 28 Mei. Abdullah, menerima seorang hulubalang baru dalam perjuangannya untuk perubahan.

Dan seperti kata Ezam, “Saya tidak berubah, dasar UMNO yang berubah, jadi saya kembali menyokong UMNO dan sudah tentulah menyokong kepimpinan yang berani mengubah dasar tersebut,”.

Sidang media Abdullah di ParlimenDatuk Wan Farid yang banyak memainkan peranan disebalik kembalinya Ezam ke dalam Umno


Reezal Marican (Kanan) menyambut kedatangan Ezam Mengisi borang Umno di restoran Bakso...Turut kelihatan Hamdan Taha.







Inilah borang keahlian Umno seumur hidup Mohamad Ezam Mohd Nor

Wednesday, May 28, 2008

UMNO Masih Persoal Niat Ezam

Temubual Ezam Mohd Noor di TV3 petang tadi (28 mei 2008) telah menambahkan lagi keresahan UMNO sama ada benar atau tidak mantan Ketua Angkatan Muda KeADILan itu merupakan senjata sulit Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk memporak-porandakan UMNO sebelum pemilihan UMNO pada Disember 2008.

Temubual TV3 bersama Dato' Seri Hishamuddin Hussein telah jelas menunjukkan adegan kurang senang Menteri Pelajaran tersebut apabila menjawab soalan-soalan wartawan berkenaan kemasukan Ezam.

Ramai ahli UMNO dikatakan kurang senang dengan tindakan Perdana Menteri membenarkan Ezam memasuki semula UMNO tanpa syarat dan mempertikaikan mengapa tiada seorangpun bekas ahli KeADILan yang menyertai UMNO pada 2004 seperti Roslan Kassim dan Lokman Noor Adam sudi menemani beliau.

Didalam temuramah bersama TV3 Ezam ternyata jelas menyatakan hasratnya untuk meneruskan Agenda Reformasi Anwar Ibrahim di dalam UMNO dan cita-citanya adalah untuk membanteras rasuah di dalam UMNO.

Ahli-ahli Pakatan Rakyat akan terus memerhatikan berapa jauhkah dan setinggi manakah Ezam dibenarkan menyusup didalam UMNO untuk melaksanakan Agenda Perubahan yang diulang Ezam di dalam temubual tersebut berkali-kali. Harus diingat ungkapan 'Agenda Perubahan' adalah 'Manifesto Anwar Ibrahim' yang menjadi teras persefahaman Pakatan Rakyat.

Sekiranya percaturan bijak pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat ini berjaya, berkemungkinan besar Ezam akan memainkan peranannya untuk melakukan 'Agenda Perubahan' ini serta-merta dan kesannya akan dilihat pada keputusan pemilihan UMNO nanti. Sama ada kesan ini positif atau negatif kepada Dato' Seri Abdullah Badawi atau lawan-lawannya - kita tungguuuuu!

Amir Hamzah Amha
http://puterabatu.blogspot.com/

Friday, May 23, 2008

Ezam will fight promote Pakatan Rakyat's Agenda in UMNO

Ezam Mohd Noor is a fighter. He was incarcerated, separated from his family; and during the height of Reformasi he even had to hide in Indonesia with Abdul Rahim Ghouse to continue the fight against BN and UMNO.

Sources say that his move to join UMNO was pre-planned by none other that Pakatan Rakyat (PR) themselves. After engineering Ezam's move to obscure himself from the political limelight, Ezam is now accepted as being outside PR by BN members. This was very difficult seeing his tirade as the PKR Youth Chief - equivalent to a Vice President in terms of party seniority.

Pakatan Rakyat, after taking comfort from being accepted by BN as 'not being from PR' after not contesting in the General Elections the next logical move is now to hop onto the BN bandwagon and start the spreading of the 'PR Virus Version1' into the BN directly. This is after seeing that the government is more liberal and with Zaid Ibrahim as the De-Facto Law Minister, Ezam's message of anti-corruption would be better accepted.

However he will continue to fight graft and corruption but will nonetheless say that it is easier to enforce by joining the system as what Dato' Seri Anwar Ibrahim has tried, albeit unsuccessfully, to do before.

Best of luck to Saudara Ezam.