Sunday, November 8, 2009

Isu Tauliah Dr. Asri: PGSM, ABIM, JIM khianat Qur'an dan Sunnah!

Setelah meneliti kandungan memorandum 'fitnah' yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syar'ie Malaysia (PGSM) yang turut ditandatangani oleh ABIM, JIM, dan tidak ketinggalan Yayasan Sofa Negeri Sembilan (??!!!), saya dapati bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam kini hanyut dibawa arus taksub dan taqlid buta tanpa mempedulikan keperluan untuk mengaitkan hujah mereka bersandarkan nas daripada Al-Qur'an dan Sunnah.

Rasulullah SAW telah bersabda dalam Khutbah Wida'nya: aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
Namun di manakah hujah-hujah dan nas daripada kedua sumber ulung Islam itu dalam memorandum fitnah tersebut? apakah disebabkan terlalu hangat oleh bahang kemarahan maka kedua sumber Syari'ah Islam ini boleh diketepikan dan digantikan dengan penghinaan, dusta, fitnah dan pertuduhan melulu tanpa bukti? Apakah persatuan Islam negara kini menghalalkan fitnah kerana tidak mampu berhujah dengan fakta dan bukti?
Surah Al-Baqarah Ayat 111 telah menyatakan: Katakan tunjukkanlah bukti-bukti kamu sekiranya kamu dipihak yang benar. namun anehnya, persatuan-persatuan Islam ini, yang menitik beratkan usrah, memanggil diri mereka ustaz, mas'ul dan mu'allim gagal menyampaikan walau secebispun untuk membawa erti kepada kalimah Allah ini!!
Kepada JAIS saya cadangkan agar dihentikan saja 'wayang kulit' penahanan tanpa permit ini. Sekiranya kamu rasa pasti dan terdapat bukti penyelewengan maka samanlah Dr. Asri dan golongan Sunnah yang sememangnya sudah lama di Malaysia ini sebagai mengamalkan amalan yang sesat. Mengapa perlu disembunyikan alasan tauliah sedangkan kamu boleh menyelesaikan masalah Ahlis Sunnah ini sekaligus? takut?
Sememangnya kamu dan juak-juak muqallid seperti datuk nenek kamu daripada Kaum Tua amat takut akan perjuangan Sunnah nanti dapat dibuktikan dan diperakui oleh Mahkamah sebagai secocok dengan Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW. Sedangkan Mahkamah Syari'ah itu sendiri bukannya diasaskan kuasa yang diberikan dibawah Sya'rak dan amat terhad kuasanya!
Sejak peristiwa Maa'had Atba'us Sunnah Kuala Pilah dahulu-kala, peristiwa Gayung Bersambut pada 1980-an, penahanan Abdullah Yasin dan kini Dr. Asri - juak muqallid ini hanya mampu menyalah-gunakan undang-undang dunia (yang dilabelkan undang-undang Islam) dan menghalang penyebaran Islam sebenar dengan penggunaan hujah dangkal 'mengajar tanpa tauliah'.
Islam adalah berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah dan kedua sumber primer ini tidak selama-lamanya dapat direndahtarafkan dengan isu sekunder 'setempat' atau 'Bi'ah' yang kononnya menjadi alasan mengapa amalan khurafat, syirik dan bid'ah terus diperlakukan tanpa segan dan malu. Mengapakah harus kita melakukan perkara-perkara Ibadat yang sememangnya tidak pernah dilakukan Rasulullah SAW sedangkan beribu ibadah Rasulullah SAW masih ketinggalan tidak diamalkan? Sebab itulah saya labelkan JAIS, PGSM, ABIM, JIM dan Yayasan Sofa (???!!!) dan mereka yang seangkatan mempertahankan amalan batil tanpa bersandarkan nas sebagai mereka yang mengkhianati Rasulullah SAW.
Ayuh usah gundah gulana dan bicarakan dengan terbuka di Mahkamah Syari'ah - aspek manakah perjuangan Ahlus Sunnah dan golongan Salafi ini yang didapati salah dan menentang Syari'ah. Sudah lama kami dituduh sebagai 'hendak mecari pasal' walhal tiada bukti sekelumitpun untuk membuktikannya. Bahkan kami juga yang diaibkan, difitnah dan akhirnya ditangkap dengan cara yang paling hina!
Teruskan usaha kamu kerana sesungguhnya kami yakin, Sunnah Perjuangan sememangnya berliku dan penuh dengan dugaan. Namun ia memerlukan lebih daripada ini untuk memaksa kami mengkhianati Allah SWT dan Rasulullah SWT!!

7 comments:

Anonymous said...

ya..sokong, teruskan perjuangan kami sentiasa menyokongmu..

P/s boleh bagi email tak? alfonnse@hotmail.com, me org2 yg dicop wahabi ;)

Anonymous said...

"Persatuan Peguam Syar'ie Malaysia (PGSM) yang turut ditandatangani oleh ABIM, JIM, dan tidak ketinggalan Yayasan Sofa Negeri Sembilan (??!!!), saya dapati bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam kini hanyut dibawa arus taksub dan taqlid buta"

Ini adalah satu tuduhan pukul rata saudara. Kenali dahulu persatuan-persatuan ini dan ahli-ahlinya. Bukan sekadar dari memorandum tersebut.

Boleh jadi memorandum tersebut tidak menggambarkan pandangan persatuan atau organisasi. Malah mungkin organisasi tersebut terheret kerana kesilapan beberapa orang manusia.

Berlakulah 'adil atas penilaian dan pandangan. Ditakuti kita menimpakan musibah atas sesuatu kaum hanya atas andaian dan berita palsu (Qur'an, al-Hujurat:6).

Amir Hamzah said...

Saudara Anonymous, memo tersebut sememangnya ditandatangani oleh mereka. Hanya dengan cara defence of non-est-factum sahaja mereka boleh menafikannya. Memo tersebut jelas dan rentetan peristiwa ini tidak pula membawa mereka menafikannya. namun terima kasih atas peringatan saudara dan unjuran daripada Al-Qur'an al Karim. Semoga saudara terus diberi rahmat oleh Allah SWT

mohd_r said...

Memang padan pun, kalau kerja Islam nak ligan pangkat dan duit, maka kucar kacir jadinya. Awat, Jais kena pi neraka ka kalau tak tangkap Asri. Pakai kitap mana? Kalau kena neraka kerana Asri, sapa yang kena, Hassan Ali? Pengarah JAIS? bagi tau mana yang asri buat tak betui cukuplah. Ni tangkap apa hai ni. Awat lepas denda dia, ok, kalau salah ceramah, tak pa dah. Dah kena denda dah? Islam balik dah Asri. Ni macam BAHAI. Salah denda, lepas tu bersih. Tiga kali salah, keluar dari BAHAI. Hadis mana JAIS pakai?

'Umayr SRA said...

Saudara amir hamzah:
Inilah sebab saya minta suspend judgement.
http://hafizbaiel.blogspot.com/2009/11/dr-maza-suatu-penjelasan.html

anaklangkawi said...

Salam Amir,
Walaupun sering berbeza pendapat dalam pelbagai isu tetapi saya senada dgn saudara.
Sedih melihat bagaimana NGO Islam yg tersohor boleh mengeluarkan fitnah sebesar itu kepada Dr. Asri bg mengelak beliau dilantik atas satu jawatan.

Maka jatuhlah respek terhadap organisasi ini & betullah telaan saya kebanyakan institusi agama dipergunakan oleh pihak tertentu..

Amir Hamzah said...

jazakallah. saya sambut baik komen saudara.