Tuesday, April 21, 2009

Mahathir dan Anwar sebagai calon N12 Penanti!

Pertarungan Protege dan Mentor paling hebat akan berlaku tidak lama lagi! Perang peribadi antara dua tokoh politik tanahair akan berlangsung di N12 Penanti dan menjanjikan pertembungan maha dahsyat lebih menakutkan, lebih mengasyikkan daripada pertarungan diantara Obi Wan Kenobi dan Padawan-learner-nya Anakin Skywalker walaupun kedua watak Star Wars tersebut menggunakan lightsaber!

Kepada Dr. M, ini adalah masanya untuk bersemuka dengan 'anak harimau' yang dididiknya sehingga menjadi Harimau Malaya ke-2 selepas Jeneral Tomoyuki Yamashita-Sama.

Inilah peluang keemasan bagi Dr. M bagi 'mengajar' Anwar yang dikatakannya tidak mengenang budi, dan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, tunjukkanlah belang dan taringmu yang masih ada. Usah jadi lembik dan pengecut kerana label itu (menurut Mahathir) hanya layak diberikan kepada Pak Lah.

Bagi PKR, tunggu dahulu pencalonan Dr. M ataupun mana-mana watak kartun komedi yang bakal dikalahkan nanti; sekiranya Mahazalim ini dicalonkan, maka amatlah dicadangkan agar DSAI bertanding untuk melingkupkan Mahathir dan melenyapkan saki-baki pengaruh 'Mahathirism' dalam Malaysia.

Kepada DSAI apabila menang nanti, angkatlah dia dan humbankan dia ke lubang neraka seperti mana yang dilakukan Darth Vader kepada Emperor Palpatine. Lenyapkan saki-baki busuk dan membusukkan itu dan dabiklah dada kepada Najib sambil bertakbir memuji Allah Azzawajalla dan katakanlah kalimah agung Allah SWT dalam Al-Qur'an al-Karim 'Kepada setiap umat akan menemui ajalnya!' termasuk parti laknat UMNO!

Revenge is best served cold DSAI! Ajar orang tua ini dan pastikan semangat Harapan Baru bagi Rakyat Malaysia terus utuh dan megah!

TAKBIR!

6 comments:

anfield devotee said...

Hmmmm . . . me thinks better yet, PKR should field a real 'mickey mouse' calon or even a monkey against Thy Mighty Tun (TMT).

Let's place the odds firmly in TMT's favour & let's see if he can win.

If he loses, he should just shut the fook up & leave us all alone.

Amir Hamzah said...

that's true man! it will be the ultimate humiliation to the blasted mahazalim!

anaklangkawi said...

Dear Amir,
I wrote u on appeal for your leaders to release the info of the killer of al-tantunya sharibu..

2 persons life is at stake.. From time to time RPK, DSAI & a lot of Pakatan leaders were talking & saying they have proof or what not..

NOW PLEASE.. for the sake of this two human being.. your brother in Islam & also fellow Malaysia.. please urge your leaders to come out with the proof that they have been talking all along...

p/s; dont make this life of two men be hang.. if its really someone else responsible..

Amir Hamzah said...

Again, I do not think you comprehend the situation! I know I am wasting my time with you but here goes...

1. Proof did not stay rotten in our possession but was raised inexplicably again and again but was refused to be investigated to by the authorities!

2. Why was Altantuyaa's arrival and social visit visa was found 'erased' by the Immigration?

3. What motive do Lance Corporal Sirul Azhar and Chief Inspector Azilah Hadri kill Altantuyaa whom they did not know? What is the reason/motive for them to kill her?

3. Najib Razak's name was raised on numerous occasions in the court, why did he not come to testify and clear his name?

4. How did a Government's acquisition of a dilapidated submarine involve a commission of approx. USD500,000.00? That was only Altantuyaa's share, how about Razak Baginda's share of approx. 114 MILLION EUROS? Why so much commission is being given to unneccesary agents?

5. Why didn't Najib Razak challenge the validity of the SMS sent from Razak Baginda to Najib Razak? where it was alleged that Najib Razak had met the Chief of Police?

6. Why was there no balls from Najib Razak to create a Royal Commission of Inquiry to clear his name conclusively?

My concerns on the above is now communicated to you. Now go take this and report to your bosses. Hopefully you will not be strapped to C4 and blown to oblivion!

anaklangkawi said...

Bro,
All the above are not proof. just a blant statement & theory only..
Come on lah..
two people at stake.. please go to peguam bela of this two people give them their proof.. ask to be in the defend to testify..
ask the so good called defenders or peguam bela to be involved..

Come on lah bro. PR can do better than this..
p/s: satu ja nasihat.. jgn fitnah saya.. sbb dosa fitnah lebih besar dr membunuh.. (& saya tak maafkan.)

kalo takdak proof ckp ja takdak.. senang cerita..

Amir Hamzah said...

Tak perlu nak nasihat berkenaan dosa memfitnah. Saya cukup dididik dalam Islam di rumah, sekolah dan UIAM dan sekiranya tulisan saya dilihat memfitnah saudara dipersilakan membawa saya ke mahkamah.

Di akhirat nanti UMNO dan BN lebih banyak yang perlu dijelaskan kepada Al-Khaliq dan Al-Jabbar!

Sebagai bekas seorang Peguam di Mahkamah Tinggi Malaya, saudara tidak perlu menafsirkan kepada saya yang mana bukti dan yang mana bukan. Isu yang kami timbulkan di atas masih lagi senyap seribu bahasa, tidak diperhalusi dan disiasat dengan terperinci.

Segala persoalan tidak dijawab, malah diketepikan tanpa keberanian untuk menentukan kesahihannya. Cubalaa jawab satu-satu poin saya di atas.

Di Jepun kalau ada isu sikit je yang menyentuh kepimpinan, Menteri ke Perdana Menteri ke akan letak jawatan. Sebab tak mahu dilihat sebagai mempunyai 'bagasi politik'. Takut kelak isu tersebut boleh digunakan untuk tujuan 'blackmail' atau ugutan politik.

Di Malaysia Najib Razak tidak memilih untuk menjawab, di sebaliknya cuba mengalihkan perhatian.

Yang kena tahan di Kem Kemunting bawah ISA tu semua tak ada bukti beb, sebab BN boleh tahan tanpa perlu bukti bertahun-tahun lamanya. Jangan nak jadi hero nak jaga beban bukti dalam kes atau isu sebab nyata BN dan UMNO tak langsung menghiraukan bukti bila nak kenakan tindakan ke atas mereka yang mengancam kuasa mereka!